Chapter 8

44 11 0
                                    


Annie memandang tangga, Luna dari empat jam lepas tidak turun. Berkurung dalam bilik selepas pulang dari kerja.

"Jihan, boleh tolong panggilkan Una untuk makan. Ketuk pintu dia." Jihan si pembantu rumah mengangguk dan berjalan laju ke tangga.

"Cik Luna." langkah Jihan terhenti.

"Una, baru turun? Una nak makan?" Annie memandang wajah lesu Luna. Gadis itu beri senyuman kecil. Jihan berlalu ke dapur.

"Una tak lapar nek." Luna berjalan ke arah Annie. Kerusi yang sebelah Annie ditarik.

"Una tak sihat?" soal Annie. Mata kelabunya memandang wajah lesu Luna. Tangan tuanya menyentuh wajah tidak bermaya Luna.

"Una sihat nek. Cuma penat." tangan tua Annie dipegang cuba menyakinkan si nenek. Luna menarik senyuman lebar.

Untuk hilangkah kegusaran di hati Annie, Luna menemani Annie makan bersama. Luna palsukan wajah, senyuman dan hati.

Hawaii Beach Sandal dipakai dan Luna berjalan ke green house yang berada di belakang rumah. Mencari ketenangan. Sampul surat di dalam poket dikeluarkan. Mahu membaca untuk kali ke sepuluh.

Mata hitamnya merenung tulisan hitam pada kertas itu tetap tidak berubah.

Dukacita dimaklumkan,

Dengan ini Luna Hannah binti Qabil Borkan digantung kerja selama lima bulan tanpa gaji bermula dari 10 Disember 2031 sehingga 10 Mei 2032.

Mata terpejam rapat memandang tulisan atas kertas itu. Sakit untuk terima hakikat atas kecuaian sendiri.

Luna memandang pokok-pokok yang tergantung tinggi pada tiang rumah hijau.

Harapan aku untuk berada setinggi itu. Walaupun layu masih berada di atas.

Air mata mengalir lesu di pipi. Perlahan-lahan ibu jari mengesat air mata yang jatuh.

"Tak ada guna kau menangis."

Terbuntang biji mata Luna apabila disapa suara garau dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh memandang wajah maskulin yang beku memandangnya.

Kepala menoleh ke depan. Air mata pantas dilap dengan tangan.

"Kau buat apa di sini?" Soal Luna kasar. Kacau dia melayan perasaan.

"Tengok perempuan cengeng menangis sambil lap hingus guna lengan baju." Jawab Izz sinis.

"Mana ada!" Luna memandang Izz garang. Wajah kacak itu dia rasa ingin lumat dengan kertas di tangannya.

Luna mengalihkan perhatian apabila Izz merenung matanya dalam. Izz menarik senyuman sinis.

"Kau buat apa di sini? Bukan ke kau ada perlumbaan esok?" Luna menyoal hairan kerana terkejut melihat jejaka itu di rumah elit itu.

"Cuti." Ringkas dan padat. Tetapi Luna masih tidak faham dengan Izz. Kenapa jejaka itu bercuti di rumah Annie dan bukan di penthousenya.

"Di sini?" Soal Luna polos.

Izz memanah tajam wajah comel gadis di hadapannya. Luna beriak selamba sambil memuncung. Fikir dia takut.

"Salah ke? Bukan aku tinggal di sini dan susahkan nek engku. Aku bercuti sahaja." Izz bersuara sinis.

"Hey, aku bukan susahkan nek engku." Luna bercekak pinggang. Panas hati mendengar ujaran Izz seperti dia satu beban yang menyusahkan Annie.

"Terasa?" Izz mengangkat kening hitam lebatnya sebelah. Luna berkelip mata memandang Izz.

"Aku tak sebut nama sesiapa. Kenapa kau terasa?" Luna termalu sendiri. Dia buat-buat membaiki tudung.

HADID'SWhere stories live. Discover now