Chapter 35

47 8 0
                                    


I'm not a main character in my own chapter


Setelah kejadian malam itu. Luna menyorok dari Izz sekali lagi. Sehingga jejaka itu terbang ke Hungary untuk perlumbaan.

Kerana itu adalah niat utamanya selepas kejadian pada malam itu.

"Una tak dapat cuti?" Soal Annie kemudian dia duduk di depan Luna. Nasi goreng daging dicedok untuk Luna.

"Una tak dapat c--cuti. Jadi di sinilah Una. nek engku pergi ke?" Luna mengambil senduk dari Annie dan cedok untuk wanita tua itu pula.

"Nek engku nak naik tangga pun dah tak larat. Inikan pula nak terbang ke sana. Memang tak larat dah. Tapi kalau Una wakilkan nenek boleh?" Suapan Luna terhenti. Dia memandang Annie.

"Tak mahulah nek engku. Untuk apa Una ke sana? Baik Una kerja dapat duit. Cuti Una pun jimat." Luna kembali menyuap nasi. Sesekali dia menjeling Annie.

"Wakilkan nenek untuk Izz boleh. Mestilah dia mahukan sokongan juga."

"Tunang dia kan ada. Aunty Aliah dan uncle Ilyas dengar cerita cuti juga. Semua tu dah cukup bahagiakan dia." Luna bercakap mendatar sambil pandang ke arah Annie dengan pelik.

Tetiba berdegup laju apabila Annie menyuruh untuk ke Hungary. Sangat mengejutkan.

"Dia mahu nenek datang—"

"Una datang bawa nek engku... nak?" Luna senyum kecil. Dia faham perasaan wanita itu. Mahu melihat kejayaan cucu pertamanya.

"Okay khamis ni kita bertolak." Terbatuk Luna mendengar ujaran Annie.

"Nek, Una belum hantar surat mohon cuti lagi." Wajahnya berubah pasrah. Annie ketawa kecil.

"Una ada masa untuk esok dan lusa. Sempatlah tu sayang." Annie menyisip air teh hijau asli sedikit sambil geleng kepala.

Selesai sarapan bersama. Luna bergerak ke rumah kaca atau nama lamanya rumah orkid. Pokok orkid berada di mana-mana.

Luna memakai apron getah dan glove. Guni berisi tanah diangkat atas bahu dan dia berjalan ke bahagian belakang rumah kaca.

BUP

"Ark! Pinggang aku!" Luna memegang pinggang dengan muka berkerut.

Meja kaca di tengah ruang rehat dituju dan dia duduk atas kerusi kaca. Pinggang diurut untuk beberapa minit.

Ralit memicit pinggang sendiri matanya terpandang satu pokok orkid yang kelihatan rosak. Lebih tepat lagi terkena fungi.

"Fungicide."

"Fungi, pokok ini terkena kulat bukan penyakit atau racun."

Rumpai laut dan disan diambil di tepi guni. Segala perbuatan dan kata-kata Izz diingat kembali.

Jejaka itu serba serbi boleh dari enjin kereta serta menanam pokok.

Untung Meline.

"Stop it. You should know your place Luna."

HADID'SWhere stories live. Discover now