Chapter 4

62 9 0
                                    


Beg sandang diletak atas katil. Tangan menumbuk perlahan bahu kerana urat rasa terikat dan sakit.

"Nasib baik esok cuti." Tubuh ramping itu baring atas katil. Mata dipejam rapat. Tulang belakang yang sakit terasa lega apabila baring.

"Fantastic!" Tubuh menghadap ke kanan dan perlahan-lahan dia terlena.

"Luna?"

Gadis kecil itu merenung wajah yang seiras dengannya tetapi seorang yang dewasa.

"Be a good girl, be concerned about your health, darl. No one will care of you except family."

"Why?" Soal si anak kecil itu. Kepala dielus lembut oleh tangan putih itu.

"You will know soon."

Luna tersedar, dia merenung siling putih dalam mengingati mimpi sebentar tadi. Terlelap lima minit tetapi dapat mimpi pendek. Tangannya memegang telefon. Pesanan dari suara seseorang.

Luna memandang telefon yang bising dari tadi. Nama Qally memenuhi skrin.

Tiba-tiba dia rasakan pipinya basah. Belakang tangan mengelap air mata yang membasahkan mukanya.

"4.50 petang!" Luna baring semula atas katil. Panggilan dari Qally dia abaikan. Dia rasa letih untuk bergerak.

Luna turun dari tangga satu demi satu. Penuh hati-hati apabila sedar tangga licin.

"Nek engku." Luna mencari Annie di dapur. Setiap petang Annie bersama maidservant akan membuat cupcakes yang berbentuk bear dan diberi kepada kanak-kanak di taman permainan atau rumah sakit JYI.

Khas untuk orang berumur 85 dan ke atas, yang sakit dan mahukan perubatan murah dan percuma serta anak yang sibuk dengan kerja juga boleh menghantar ibu bapa mereka untuk sementara waktu dengan masa yang dijanjikan. JHI sempena namanya, Jung Hui Ian. Campuran cina dan jepun. Bangunan itu juga dibantu oleh Annie.

"Puan Engku ada di belakang. Pokok orkid diacun." Luna memandang butler yang muncul dari bilik stor. Butler itu tunjuk ke arah sliding door luar yang menempatkan green house.

"How?!" Luna berlari anak ke arah luar. Melihat Annie yang sedang mengurut kepala.

"Nek engku." Luna berjalan laju ke arah Annie dan memegang bahu tua itu.

"My orchid, Una." Luna menepuk bahu Annie lembut. Pokok orkid adalah pokok kesayangan nek engku. Tiada pokok itu tiadalah hari cerianya.

"Sabar nek, nanti Una cari jalan untuk hidupkan orkid semula." Annie memandang Luna.

"Ada jalan ke. Orkid nenek diracun bukan mati kerana tidak cukup air atau matahari atau baja."

"Kita cuba." Luna berdiri dan menyuruh salah seorang pekerjanya membawa Annie ke dalam rumah untuk berehat.

"Mana orkid? Saya nak tengok." Luna berdiri dan berjalan ke arah hujung rumah kaca itu.

"Ini bukan diracun." Luna memandang daun layu serta bunga yang kelihatn aneh.

"Orkid pun boleh terkena?" Luna memegang kepala.

Tetiba ada satu tangan kekar memegang pokok orkid dan menolak sedikit tubuh Luna ke tepi.

"Fungicide."

Luna memandang sebelah. Suara garau itu beralun lembut masuk ke dalam telinga. Tetapi dia cuba keraskan hati, semalam dia dibebel oleh jejaka itu.

"Phalaenopsis ini terkena penyakit ain ke?" Mata tajam itu memandang Luna. Luna tersenyum lebar, gerun memandang pandangan mata helang itu.

"Fungi, pokok ini terkena kulat bukan penyakit atau racun." Luna melihat ke arah daun orkid bertukar kuning dan akar juga ada kesan putih serta kering.

HADID'SUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum