Chapter 30

47 8 0
                                    


Two month later,

Art gallery, Penang.

KCAK,

"Cantik!" Luna menjatuhkan kamera.

"Nek engku... senyum tu lebar sikit." Luna mengangkat kembali kamera.

"Gigi nenek berlubang! Kamu nak malukan nenek ke!" Pekik Annie. Terkekek Luna melihat wajah putih Annie bertukar merah.

"Kenapa nek tidak pakai gigi palsu?" Luna mendekati Annie dan membaiki selendang cotton dan yang dipakai wanita tua yang jelita itu.

"Nenek terima gigi berlubang nenek ini. Jadi gigi palsu tu nek buang." Membulat mata Luna mendengar ujaran Annie.

Gigi palsu tu mahal!

"Nek engku! Gigi tu mahal."

"Kamu tu merepek. Gigi nenek berlubang satu bukan semua. Nenek nak pakai macam mana?"  Luna diam. Dia berlawan mulut dengan Annie pasti si nenek yang akan menang. Jadi, dia mengalah awal.

"Okay, Una ambil sekali lagi." Luna kebelakang beberapa langkah. Annie berdiri tegak dan senyum lebar.

KCAK

"Perfecto." Luna melihat gambar Annie dalam gambar. Bibir tersenyum kecil melihat wajah Annie yang kelihatan banyak gedutan.

Nek engku kesayangannya telah menua.

Fakta yang menyakitkan.

Dia mengangkat kepala melihat Annie yang merenung gambar di belakangnya.

Kamera diangkat dan...

KCAK

"Cantik." Luna melihat ke arah Annie.

Wajah tua itu bertukar sayu melihat wanita dalam gambar yang dilukis cantik di belakangnya. Wanita itu cantik.

"Nek engku kenal perempuan tu ke?" Soal Luna dan berjalan ke arah Annie.

Annie mengeleng sebagai jawapan.

"Nenek cuma suka lihat gambar ini. Macam pernah berjumpa dengan wanita ini." Walaupun Annie bersuara perlahan. Tetap didengari Luna dengan jelas.

"Cantik." Luna menjeling ke arah Annie. Tetapi raut wajah itu hanya mendatar. Seperti menyimpan sesuatu.

"Nek engku nak bergambar lagi?" Soal Luna.

"Kamu bergambar dahulu, nenek mahu pergi ke arah sana." Luna melihat ke arah yang dituju Annie.

Ianna.

Gadis itu sedang ralit mencatat sesuatu. Wajah jelita itu fokus sehingga bibir merahnya memuncung ke depan. Luna ketawa kecil.

"Baik nek."

Luna berjalan ke arah bertentangan. Kamera Leica yang baru dibeli dibelek bersama senyuman di bibir merahnya.

Hasil duit gaji dua bulan.

"Cantik macam tuan." Luna ketawa kecil.

Dia membelok ke kanan dan menaiki tangga ke tingkat atas. Ruangan gelap itu dihiasi lampu putih dari celah tangga.

Luna berjalan berhati-hati menaiki tangga kerana memakai heels. Ini kali pertama dia mencuba sesuatu yang baharu.

Bibir merah delimanya senyum manis. Dua bulan ini dia hidup tenang. Bulan yang bahagia dan aman. Dua bulan yang terasa sangat panjang tetapi seronok.

Keanehan disebalik penerimaannya dalam syarikat kembali membuatkan dia terfikir kadang kala. Siapa yang baik hati memendekkan dia digantung kerja.

Luna bersiul kecil menggambarkan perasaan yang gembira dari dalam hati. Boleh saya menari tarian classical ballet

HADID'SWhere stories live. Discover now