Chapter 33

48 11 1
                                    


And till the end you're my very best friend

Tangan digenggam kemas di belakang tubuh. Sekarang dia berdiri di sebelah Annie untuk menyambut tetamu.

Dan tetamu yang sangat ditunggu oleh Annie adalah seorang yang rupawan dan cantik...

Pintu Bentley dibuka oleh butler dari luar. Luna merenung wajah keluarga aristocrat sepanyol itu– Elizabeth family.

Meline sangat cantik memakai dress labuh putih satin yang terbelah di bahagian peha sehingga ke bawah. Rambut perangnya kelihatan bersinar dan lebih menarik perhatian ramai rantai yang dikenakan gadis itu bersinar dan sangat sesuai dipakai olehnya.

Ilyas dan iparnya yang lain bersalaman dengan Mike manakala Annie, Aliah dan kakak-kakaknya berpelukan dengan Meline dan Mae ibu kepada gadis itu.

Luna mengikuti langkah Annie. Menyambut tetamu dengan senyuman yang sukar untuk ikhlas.

Hatinya terasa berat dan panas pada malam itu. Jika ikutkan hati dia mahu lari keluar dan tidak mahu berjumpa dengan keluarga itu.

Lama Luna melayan perasaan. Dirinya tidak sedar telah ditinggalkan di belakang. Mereka naik tangga bersama. Dia sedar pun apabila seorang maid menyapanya.

Luna berjalan perlahan di belakang mereka. Dia bosan dan menyampah. Dia mahu malam itu habis dengan cepat.

"Una bantu dekat dapur." Tidak sempat Annie menarik tangan Luna, gadis itu telah menghilang.

"Puan Engku, kami berbesar hati dapat makan malam bersama malam ini." Mae tersenyum manis sehingga jelas kelihatan lesung pipitnya.

"Terima kasih datang. Jemput duduk." Butler menarik kerusi dan Annie jatuhkan punggung perlahan.

Makanan-makanan dihidangkan dengan segera apabila butler memandang ke arah mereka dengan pandangan tajam. Sudah lewat tiga minit untuk tetamu menjamu selera. Masa yang ditetapkan adalah lapan tiga puluh minit bukan lapan tiga puluh tiga minit!

"Biar saya angkat yang ini ." Luna memegang balang kaca juice segar.

"Jangan cik Luna. Ini kerja kami semua." Salah seorang antara mereka mengambil balang kaca itu dan letak jauh dari Luna.

"Saya ambilkan dulang..."

"Jangan cik Luna. Dulang itu berat." Pekerja yang lain melarang Luna.

"Jadi, awak tak boleh angkat dulang itu juga."

"Kami ada kawan para jejaka yang boleh angkat dulang itu." Nan yang melihat adengan aneh itu datang mendekati Luna.

"Cik Luna mari ke dalam." Nan membawa Luna ke ruang makan.

Luna berjalan dengan wajah monyok kerana dihalang untuk membuat kerja. Luna hanya mahu menolong.

Aku bukan mahu racun mereka!

"Una come sit here." Annie memanggil Luna untuk duduk bersebalahnnya. Semua mata-mata memandang ke arahnya.

Sekarang dia menjadi tumpuan. Beberapa saat terkedu Luna mengeleng.

"Una duduk sini. Dekat dengan air." Annie tersenyum kecil dengan telatah Luna. Luna berjalan di hujung meja dan seorang pembantu perempuan yang menarik kerusi untuk gadis itu.

HADID'SWhere stories live. Discover now