Chapter 5

52 8 0
                                    

I am still learning
how to read my own chapter
I'm not an artists
I'm not an art,
The moon taught me
there is beauty
in darkest night.


Luna mengenggam erat duvet. Terasa sejuk sehingga ke tulang. Tali baju satin yang meleret jatuh dibaiki. Jam digital atas meja dijeling sekilas.

3.15 a.m

Masih awal untuk bangun dan termenung. Angin sejuk yang masuk dari pintu gelangsar dipandang. Sejak bila terbuka?

Luna berjalan ke balkoni. Punggung dijatuhkan atas kerusi kayu klasik. Lengan yang berasa sejuk dibiarkan. Bukan selalu Penang sejuk seperti salji. Kemungkinan, hujan akan turun.

Luna memandang atas. Memandang bulan yang menerangi langit. Luna senyum kecil. Bulan hanya satu yang sentiasa menerangi langit.

Dan dia mahu jadi seperti bulan, Luna Hannah hanya satu di muka bumi ini.

Matanya bergetar melihat bulan mengingatkannya kepada mami dan ayah. Kenangan bersama dengan kedua ibu bapanya sangat sedikit.

"Kalau mami dan ayah ada pasti mereka bangga. Una tak berjaya jadi ahli astronomi. Mami dan ayah nak Una tengok bintang sentiasa tapi Una tak layak." Luna meletakkan dagu di penghadang balkoni sambil melihat atas.

"Tapi Una tetap berjaya." Setitis air mata jatuh. Rindu kepada Leena dan Qabil.

Luna memejamkan mata menikmati bunyi angin yang bertiup perlahan melanggar kulitnya. Mendamaikan.

"Ehem." Mata dibuka besar. Suara deheman dari bilik sebelah mengejutkan Luna.

Dia terlupa Izz tidur di rumah nek engku juga. Perlahan-lahan Luna mengundur dan masuk ke dalam bilik. Menyorok di belakang langsir besar.

Luna mengintai di sebalik langsir. Muka memerah apabila tersedar dia tidak menyarung apa-apa atas kepala.

Tangan kanan menutup kepala kemudian menyisir rambut ke belakang kerana ditiup angin.

Luna dapat rasakan seseorang keluar dari bilik sebelah. Suara garau yang bersiul di balkoni sebelah menarik minatnya.

"Cause you are sky, full of star." Perlahan suara garau itu menyanyi.

Luna berkerut hairan sambil mengintai Izz yang di sebelah. Satu tubuhnya ditutup dengan langsir supaya tidak dipandang oleh Izz.

Ralit jejaka itu memandang langit sambil tersenyum. Dalam tidak sedar, Luna tersenyum sama melihat senyuman menarik menghiasi wajah jejaka itu.

Drop-dead gorgeous.

Captivating.

Attractive.

Luna tidak dapat larikan anak matanya dari perhatikan bibir merah itu senyum. Ini kali pertama dia melihat jejaka stoic itu senyum walaupun sedikit.

"Handsome." Laju dia menyorok di sebalik langsir apabila Izz menoleh ke arahnya.

Luna memegang dada yang berdebar. Hampir ditangkap oleh Izz. Kalau tidak, pasti jejaka itu akan memarahinya. Lain layanan Izz kepada Hazell dan Luna.

HADID'SWhere stories live. Discover now