Chapter 7

45 10 0
                                    


Pintu dibuka perlahan dan kepala mengintai luar. Melilau anak mata hitamnya mencari kelibat tubuh tegap seseorang.

"Line clear." Luna berlari anak ke tangga. Kemudian, dia mengintai ke bawah.

Sunyi.

Sepi.

Laju Luna turun ke tingkat bawah sehingga masuk ke dalam dapur. Kepala menoleh ke belakang mencari kelibat manusia.

"Masih selamat." Bibir senyum kemenangan. Dia berpaling ke hadapan, mati senyuman lebarnya. Kaki berdiri kaku.

Anak mata hitamnya memandang tepat ke wajah maskulin bak dewa roman di hadapannya. Liur terasa kelat dan payau.

"Hai." Tangan diangkat kecil menyapa si jejaka.

Tidak mendapat balasan dari jejaka itu dia jatuhkan tangan dan menunduk. Mencari sesuatu yang boleh alihkan perhatiannya.

Beberapa saat mencari semut atas lantai tidak jumpa, kepala diangkat dan menoleh ke meja pulau untuk mencari Annie.

Tepat mata tajam itu memanah anak mata hitamnya. Terlalu tajam seperti ingin membunuh.

"A--ada apa?" Bibir dikemam kuat apabila tergagap.

"Nek engku mana?" Soal Luna. Berjalan selamba ke arah meja pulau dan melihat lauk yang dipanaskan oleh Annie atas meja kaca itu.

Tindakannya diperhatikan oleh sepasang mata tajam. Luna buat dia tidak wujud.

"Sedapnya bau!" Ujarnya teruja. Izz di hujung meja pulau dihiraukan. Sekarang makanan yang penting.

"Nenek?" Panggil Luna lembut. Izz yang masih memandangnya dijeling.

"Nek ooo nek?" Panggil Luna lagi. Tetapi Annie tidak menyahut panggilan Luna.

Luna menggigit bibir, dia mahu nek engku tak mahu dengan Izz. Cucu nek engku itu sangat seram!

Perasaan takut Luna tepis jauh. Dia mahukan nek engku tidak mahu Izz Arfan al-Hadid.

"Nek?" Panggil Luna dengan suara merayu.

Belakang tubuh rasa panas diperhatikan dengan sepasang mata amber.

Sesaat, Luna menarik nafas panjang dan hembus. Dia sudah rancang sesuatu. Kalau tidak menjadi, dia akan cuba lagi.

Tubuh berpusing dan membulat matanya. Matanya dipenuhi warna hitam dan lebar. Perlahan Luna memandang ke atas dan memandang wajah maskulin di hadapannya.

Serta-merta tubuh itu ditolak dan dia melangkah besar ke belakang.

"Kenapa berdiri belakang aku?" Soal Luna cemas. Izz hanya diam dan memandang Luna sekilas.

"Aku nak soal kau sesuatu." Izz berbisik perlahan di depan wajah Luna. Wajah kacak Izz ditatap Luna. Sinis. Luna benci wajah itu.

"Una, Mari makan. Izz? Buat apa di sini?" Izz menjauh dari Luna dan berjalan ke arah Annie.

"Cari sesuatu yang boleh dipanaskan." Izz berlaku keluar dari dapur sebelum sempat Annie menjawab. Luna memandang tubuh tegap itu berjalan santai keluar.

"Panas? Izz mahu makan?" Soal Annie.

"Izz kenyang nek." Jawab Izz sambil memandang Annie. Kemudian, dia sambung melangkah menuju ke tingkat atas rumah agam itu.

"Tak apalah. Una mari makan." Annie berjalan ke meja pulau. Annie memandang Luna apabila pelawaannya tidak disahut.

"Una?"

Luna berkelip memandang Annie yang duduk di meja pulau. Sekali lagi dia menjeling tangga.

Nafas dilepas panjang memikirkan bisikan Izz.

HADID'SWhere stories live. Discover now