Chapter 14

48 9 0
                                    

Haunt me like a ghost,
Like there will be no tomorrow.

Miami, Florida.

Pedal ditekan sehingga kereta berbunyi kuat. Cermin helmet ditarik menutup muka. Bersedia untuk berlepas.

"Aku harap Izz boleh menang." Nick menggigit kuku. Kaki digoyangkan sambil mata melihat kaca tv nipis yang menyiarkan siaran langsung 'sport car Miami'.

Jiwa hanya berdiam sambil melihat skrin nipis besar di depan mereka.

"Menang kalah itu nasib, usaha itu keputusan sendiri. Kalau Izz fokus mungkin boleh menang kalau tak kau hanya boleh tenung piala dalam kotak kaca tu." Jiwa bercakap tenang. Dia menundukkan tubuh dan meletakkan siku atas paha. Rasa berdebar melihat kelakuan Izz. Tak tentu hala.

Dari tempat penonton. Nick dan Jiwa semangat melihat sahabat mereka semakin laju ke depan dalam sekelip mata.

Tepat dua jam atas litar. Sebuah kereta sport mencatat masa terpantas. Two hour round-up. Tubuh kekar itu keluar dari kereta dan berjalan ke ruang rehat. Dia abaikan suara sorakan dari penonton.

"Apa?!" Bergema suara garau seakan tidak puas hati.

"YES!!" Nick dan Jiwa berpelukan.

Macam tidak percaya yang Izz akan menang Miami Grand Prix dengan cara jejaka Hadid itu seperti tiada semangat.

"A big congrats, dude!" Nick menepuk tangan setelah Izz menapak masuk ke dalam ruang rehat itu.

"Aku dah cakap tadi." Nick masih tersenyum lebar.

Jiwa menepuk bahu tegap kawannya. Kening terangkat kecil melihat wajah berkerut Izz.

"Thanks ." Sepatah dibalas.

Izz duduk di kerusi single. Tubuhnya ke dalam sambil mata terpejam rapat. Lelah setelah lama berada dalam kereta. Segala tenaga habis digunakan.

Izz membuka mata apabila dengar bunyi botol air diletakkan atas meja kaca di hadapannya. Mata dibuka sedikit.

"Kau ada masalah ke?" Terhenti tangan Izz ingin ambil botol air atas meja.

"Maksud kau?"

"Jangan buat tak tahu." Jiwa dan Nick memandang Izz serentak. Jejaka itu kelihatan tenang sementara tadi serabut.

"Memang tak tahu." Izz meneguk air itu sehingga habis.

"Congrats?" Seseorang masuk ke dalam bilik itu. Dia tersenyum lebar kagum dengan kehebatan jejaka di hadapannya.

"You hebat sangat." Dengan langkah elegant dia masuk dan duduk bersebelahan jejaka itu. Melihat tiada respond dari si pemilik hati.

Dengan selamba dia menghimpit di ruangan kanan jejaka itu di celah kerusi. Izz pantas berdiri apabila punggung lebar itu hampir duduk pahanya.

"Mel, aku penat." Izz bersuara garau. Zip baju bahagian atas dibuka sedikit. Terasa dicekik dan berbahang.

"I boleh hilangkan penat you."

Izz menjeling Nick dan Jiwa dari hujung mata. Sungguh tidak selesa dengan situasi itu. Dia memberikan arahan melalui mata.

"Meline, I rasa you patut berambus dari sini dulu. Izz al-Hadid baru duduk untuk berehat. Sila beri kerjasama." Nick menghalau dengan cara sopan.

Meline pandang sekilas kemudian menjeling. Nick tidak menarik perhatiannya walaupun kacak seperti jejaka pujaan hati. Tetapi jejaka itu lebih kacak dari Nick.

HADID'SWhere stories live. Discover now