Chapter 49

69 10 1
                                    

"Mami akan ke Turkey." Tubuh anak kecil dalam dukungannya diangkat dan dia berdiri.

"Mami outstation dengan ayah. Jadi Una harus behave dengan nenek okay?" Luna diletak dalam katil bayi.

"Jom bawa Una sekali. Saya tak sanggup tinggalkan dia dengan momma lagi." Si isteri menoleh ke sisi. Tangan kekar yang melingkar di pinggangnya dipegang. Rasa hangat dan tenang berada dalam pelukan si suami.

Mata bulat bersinar itu memandang ibu bapanya sambil tangan menggapai ke atas. Minta diangkat.

Bibir mencebik sedih bila panggilannya diabaikan.

Nak dukung!

Wajah itu bercahaya tetapi ketawa merdu jelas masuk dalam pendengarannya.

"Comel!"

"Cantik macam awak."

"Tapi dia muka macam awaklah..."

"Muka macam saya version perempuan."

Mereka ketawa lagi. Si isteri bersandar pada dada si suami.

"Qabil..."

Dia memandang ke atas. Suaminya terlalu tinggi.

"Jom bawa Una. Saya rasa tak sanggup untuk tinggalkan dia. Saya rasa rindu." Qabil mengangguk setuju dengan cadangan si isteri.

"Boleh sayang saya..." meleret suara garau itu sambil mengusap rambut si isteri.

Kemudian mereka ketawa dan menoleh ke arah Luna. Anak kecil itu turut ketawa mempamerkan gigi dua batang.

Perlahan-lahan mata dibuka dan laju air mata mengalir. Mata hitam bersinar itu memandang atas merenung kegelapan seperti hatinya.

Perasaan rindu semakin membuak-buak. Terlalu rindu dengan kehadiran manusia di dalam mimpinya. Rindu untuk memeluk tubuh yang selalu mendengar luahannya dan rindu untuk memanggil panggilan mami dan ayah.

Itu tidak akan terjadi sampai bila-bila. Tidak akan pernah berlaku lagi walaupun digantikan dengan yang lain.

Tubuh diseret ke belakang dan dia duduk menegak. Bersandar pada katil besarnya. Nafas panjang ditarik dalam membuang rasa sedih sehingga tersekat-sekat nafasnya.

Tidak sanggup menahan lagi, air mata jatuh mengalir di pipi dengan laju. Kedua kaki diangkat rapat ke dada dan muka disorok celah kaki.

Dia menangis semahunya. Terhinjut-hinjut bahu itu melepaskan perasaan.

Rindu dan sedih.

Lama dia berfikir dalam ketakutan dikejar pembunuh lebih baik dia serah diri dan boleh berjumpa dengan mami dan ayah.

Lagi cepat lagi bagus!

Tetapi dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk menegakkan keadilan untuk ibu ayahnya.

Dan mencari pembunuh itu.

Kening diangkat sebelah apabila datang satu idea. Idea yang sangat bernas untuk semua orang.

×××××

"No!" Annie mengetuk tongkat atas lantai berkilat itu kuat. Tertunduk kepalanya tidak berani menentang mata si nenek.

"Una dah pulih nek engku. Janganlah risau." Luna masih berdiri tegak di depan dengan kedua tangan dipegang pada belakang tubuh.

Jarum jam analog clock yang berdenting berbunyi menunjukkan jam tepat pada nombor 12 tengah hari.

"Nenek boleh jaga Una. Kenapa Una mahu balik ke rumah tu?!" Annie masih bersuara garang. Tidak puas hati dengan keputusan Luna yang mahu menetap di rumah peninggalan arwah anaknya itu.

HADID'SWhere stories live. Discover now