Chapter 43

54 9 0
                                    

Luna memandang Nan dan dua orang pembantu mengemas barang-barangnya. Katil dibaiki oleh pembantu itu juga.

Manakala dia duduk atas kerusi roda bersama joodie tebal dan selendang besar milik Annie membelit lehernya. Panas.

"Kami bawa barang cik Luna. Nora tolong tolakan cik Luna." Nora mengangguk mendengar arahan dari Nan.

5.45 p.m.

Kerusi roda Luna diberhentikan di depan pintu wad.

"Cik Luna, saya ke tandas sebentar." Nora terus pergi tanpa menunggu jawapan dari gadis itu.

Luna perhatikan lorong wad yang sunyi. Jadi beginilah setiap malamnya. Kesunyian yang menemani harinya tanpa sesiapa di sisi.

Cahaya lampu yang terang diperhatikan wad tak gelap seperti dalam cerita sendu di tv. Semua merepek.

Beberapa minit menunggu Nora masih tidak sampai. Luna menoleh ke belakang mungkin Nora sedang duduk atas kerusi.

Dia mengeluh pendek. Nora kata sekejap tapi ini dah lama. Semua manusia penipu.

Luna membuka kunci kerusi roda dan dia menolak sendiri.

Tiba-tiba dia rasakan kerusi rodanya ditolak dari belakang.

Nora...Nora...

Lambat buat kerja.

Luna diam. Mudah pula Nora menolak dia bukan seperti sebentar tadi senget benget sebab berat. Tapi sekarang perlahan dan lurus.

Tangan diletak atas paha dan dia bersandar selesa. Dia suka ditolak dengan perlahan.

Dan yang paling menarik bunyi tumit kasut Nora bunyi seperti kasut mahal tetapi menarik.

Sampai di depan lift, Nan bersama seorang pembantu membawa barangnya serta dua orang yang menjaga kiri dan kanan mereka.

Luna berkerut halus apabila mereka berempat berlalu ke tepi sambil menunduk. Pintu lift terbuka Luna didahulukan dan diberhentikan di tengah ruang.

Pintu lift hampir tertutup tetiba ada tangan seseorang yang menahan.

"Maaf saya lambat sakit perut." Nora masuk ke dalam lift dan menunduk berulang kali. Nan memberi arahan dalam diam.

Nora meminta maaf kepada Luna dengan wajah serba salah.

Tetapi gadis itu kaku. Laju kepalanya menoleh ke belakang. Tangan kekar yang memegang pemegang kerusi rodanya sepeti dia kenal. Putih dan berurat hijau.

DUP

Luna mendongak tinggi memandang wajah maskulin yang beku. Luna memandang kiri dan kanan ke arah pekerja-pekerja Annie. Tiada seorang pun yang memandang mereka berdua.

TING

Kerusi rodanya ditolak keluar dari lift. Luna menutup mukanya dengan hoodie apabila beberapa pasang mata memandang mereka.

Don't make it obvious but this is too obvious.

Dia tidak suka apabila menjadi perhatian seperti ini kerana manusia yang menolaknya adalah seorang yang dikenali dan berita yang baru keluar semalam masih lagi menjadi bualan orang awam. Dia harap tiada manusia yang berani merakam mereka.

HADID'SOnde histórias criam vida. Descubra agora