Chapter 34

52 9 0
                                    


His eyes sing soft lullaby


10 p.m

DING DONG

Grandfather clock wall berbunyi tepat jam sepuluh dan serentak itu Luna menolak dada bidang Izz.

Gila!

Semua ini gila!

"What are you doing?!" Mata hitam itu berair kembali.

Dia mengaku cengeng.

Tetapi ini seperti mengambil kesempatan!

"What are you trying to do?" Luna menumbuk dada Izz. Tetapi jejaka itu masih statik tidak memberi respon.

Puas menumbuk berulang kali akhirnya Luna mengalah. Menumbuk sambil menangis sangat memenatkan.

Izz memerhati gadis cengeng di depannya. Wajahnya kosong dan beku.

"Cakaplah! Apa yang kau nak buat tadi?!"

"Kiss."

Sepatah jawapan Izz lebih menaikkan darah Luna.

"Kalau Meline nampak mesti dia naik gila." Luna mengesat air mata di pipi dan kesan basah dari bibir Izz di dagunya.

Semua ini gila!

"Kenapa dia naik gila?" Soal Izz polos.

Luna mengenggam penumbuk. Wajah polos Izz seakan tidak kisah jika kekasih hatinya melihat mereka berdua.

Padahal itu adalah kekasih kesayangannya dari zaman belajar sehingga sekarang.

"Untuk menjawab soalan kau tadi." Izz merenung ke dalam mata Luna. Berkelip-kelip mata gadis itu bila nafas hangat Izz sangat dekat di wajahnya. Kemudian, Luna mengalihkan anak mata memandang leher Izz.

"I hate tears. I hate to see someone cry." Ujar Izz lembut.

Luna menahan air mata. Suara itu...

Suara yang mendamaikan dirinya apabila dibuli dan dipulaukan oleh sepupunya dan kawan di sekolah.

Adakah jejaka itu telah menerima maafnya?

"You need to be tough. No one will care about you including me." Suara Izz berubah tegas.

Luna mengertap bibir. Izz betul. Tiada yang akan kisah tentangnya ataupun mahu ambil berat.

Tiada sesiapa...

Dia keseorangan...

Tetapi mengapa jejaka itu seakan kisah tentang dirinya tapi menafikan?

Luna menentang mata amber di depannya. Wajah beku yang aneh. Tiada emosi tetapi bercakap seperti mengambil berat tentang dirinya.

"Kenapa kau nasihat aku walaupun kita dah lama putus kawan?" Soal Luna. Setelah lama dia berfikir tetap tidak jumpa jawapan.

Izz mengeluh panjang. Dia pun tak faham diri sendiri.

HADID'SWhere stories live. Discover now