Chapter 42

51 8 0
                                    


Even if I try to run away from you
We always end upmeeting
Ikeep shrinking tryingto avoid your
beautiful eyes


Di luar wad itu Annie menangis tanpa henti. Dada rasa sakit dan pedih melihat cucu angkat kesayangan menderita.

"Mami tidak sepatutnya tinggalkan dia seorang diri di sini." Aliah memeluk bahu Annie.

"Mami mahu jumpa Una." Annie berdiri tetapi ditahan oleh Aliah.

"Mami rehat dulu. Jangan banyak bergerak. Mami mahu pengsan lagi ke?" Suara wanita itu berubah garang. Aliah mengurut dada Annie seperti semput kerana banyak menangis.

"This is not your fault. Salah dia sendiri sebab tak pandai jaga diri." Annie menolak tangan Aliah. Perlahan-lahan dia berdiri dan menoleh ke Aliah.

"Kamu mahu kata mami yang tak pandai didik dia? Kamu mahu persoalkan kenapa dia boleh lembik macam itu?" Keras nada Annie sambil menahan sebak.

"Mami, Aliah tak—"

"Kalau begitu mami juga salah didik kamu semua. Tidak pandai menjaga hati dan mulut. Ingat pemergian Leena mami masih belum terima dan semuanya disebabkan kamu." Annie mengesat air mata yang mengalir bisu. Bukan disebabkan keadaan Luna tetapi anaknya sendiri.

Aliah hanya diam apabila satu nama itu keluar. Dia merenung wajah sedih Annie.

"Mami harap anak-anak kamu tidak ikut perangai kamu." Annie berjalan perlahan menjauh dari Aliah.

Wanita itu cuba mengejar ibunya.

"Mami, Aliah tak maksudkan—"

"Mami?"

Annie berhenti dan mendongak melihat menantu di depan matanya.

"Mami nak ke mana? Ilyas boleh temankan?" Soal Ilyas dengan dahi berkerut.

Aliah berhenti jauh dari Annie. Dia gertap gigi bila melihat suaminya di depan Annie. Berharap sangat Annie tidak mengadu perangainya kepada Ilyas.

"Mami mahu..."

"Mami, Aliah dah pesan jangan jalan jauh-jauh." Aiah memegang lengan Annie. Annie mengeluh pendek.

"Bawa mami rehat jangan berjalan banyak sangat kaki mami mudah dapat sakit." Ilyas pesan tegas. Dia memandang wajah ibu mertuanya yang lesu kerana banyak menangis.

Aliah mengangguk mendengar arahan Ilyas. Dia membawa Annie ke tempat duduk di sebelah wad Luna.

Punggung dijatuhkan dengan cepat Annie tolak tangan Aliah. Masih terasa dengan anaknya.

"Mami mahu masuk lihat Una."

"Say—"

"Mami boleh pergi sendiri." Annie berdiri dan menolak pintu perlahan. Dia melepaskan lelah. Ini masuk kali kelima dia menjejakkan kaki dalam wad Luna kerana...

"Una, nenek masuk ye?" Annie berjalan ke arah katil cucu angkat kesayangan.

Dia duduk di sebelah katil Luna yang baring sambil pejam mata. Dia tahu gadis comel itu masih tidak tidur kerana dahi berkerut seperti memikirkan sesuatu.

HADID'SWhere stories live. Discover now