Chapter 15

58 8 0
                                    

"Yeah we were born to be along!"

"Alone. Bukan along. Please jangan terlebih confident." Air coco disedut sehingga habis.

"Hot coco, music and rainy day. Really made me insane." Kepala dipegang kerana pening dengan perangai si kawan.

"Tentang 'along' tadi belum habis lagi tau."

"Alah, bukan orang dengar pun. Kau je melebih." Kaki disilangkan atas dashboard dan kembali menyanyi.

"Tapi aku yang malu. Nasib baik tingkap bertutup. Kalau tidak. Orang sebelah yang betulkan ayat kau." Naik geram dia apabila si kawan menyanyi dengan nada semakin kuat.

"Una!"

"Ergh! What ever."

Luna menjeling wajah si kawan. Kemudian, dia tertawa.

"Una, kita banyak kali call kau tak pernah cakap yang kau tinggal mana sekarang. Gelap je tu. Tak bayar bill ke?" Luna mengangkat sebelah keningnya. Kemudian memandang kiri kanan.

Cahaya yang berada di sekelilingnya begitu banyak. Bukan gelap.

"Kau rabun ke Huda? Terang dekat sini. Mana ada gelap?" Huda mendekatkan wajah di telefon dan mengintai sisi wajah Luna. Pantulan cahaya pada wajah itu baru dapat dilihat.

"A big no. Aku tak nak rabun." Mata digosok berkali-kali kemudian melihat ke arah wajah comel Luna kembali.

"Pandai kau tukar topik." Huda mengesat air mata palsu sambil menyinis.

"Aku ada di mana itu tak penting untuk sesiapa tahu." Luna meneguk air dalam tin Redbull lagi untuk kekalkan tenaga.

"Majlis yang Tuan Than buat pun kau tak datang. Jangan merajuk lama-lama Luna, kami sunyi. Zoul ambil cuti juga. Tak boleh diharap dia tu. Kononlah tak pernah cuti sebelum ni, semua kerja aku buat sorang. Nasib baik Mu'az ada bantu." Huda membebel melepaskan marah.

"Lagi satu Una, semalam ada mesyuarat tentang ribut yang melanda baru-baru ini. Kejadian yang sama berlaku..." Huda berhenti bercakap dan melihat raut wjah comel Luna. Tiada reaksi.

"Tetapi lebih ramai yang terkorban walaupun dah beri makluman awal. Dan kes kali ini lebih teruk dari ya---"

"Pasti tidak diambil tindakan kan?" Luna bersuara mendatar.

"Huh?"

"Pasti 'pekerja terbaik' tu tidak diambil tindakan." Huda terdiam. Jawapan ada dalam soalan Luna.

"Kau nak tahu." Huda memandang Luna yang memandang ke hadapan.

"Best movie ni. Tentang seorang perempuan yang mencari kehidupan." Luna meneguk air redbull sehingga habis.

"How the ending?"

"Belum habis lagi, baru setengah jam aku dekat sini." Luna membuka kuaci pula.

"Drive-in movie?" Soal Huda.

Luna menaikkan sebelah keningnya kerana tahu Huda minat dengan drive-in movie or theater. Huda membulatkan mata. Seakan tidak percaya.

"My dream!" Huda menepuk kecil pipi.

"Beri tahu aku sekarang kau di mana?!" Huda mengenggarkan telefon seperti suaranya dapat membuatkan dunia bergegar.

"Dalam mimpi kau." Luna membaling kuaci dan tepat masuk ke dalam mulut.

"Keluar kau dari mimpi aku!" Huda menarik hoodie dan menutup mukanya. Menangis dalam hoodie teddy bear dari si Mama.

HADID'STahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon