Chapter 27

46 11 2
                                    



The silence of nature honestly speak louder than our heart.


Luna meletakkan gelas bulat di atas meja dan pusingkan kerusi menghadap komputer.

"I miss my table."

"Akhirnya meja tu dibersihkan tuannya bukan lagi orang yang terlebih rajin tu." Qally mengusik Luna sehingga memerah wajah gadis itu. Luna senyum malu.

"Dia tak suka habuk. Itu yang dia bersihkan meja aku bukan sebab lain." Luna mengemas kertas putih kosong di atas mejanya.

"Sebelum itu, mana Zoul lama tak nampak." Qally yang menyusun file di kabinet kecil di belakangnya terhenti. Wajah Luna dipandang sekilas.

"Setahu aku, dia sekarang buat dua kerja. Dan dia jarang ke sini selepas dia minta tukar shift dengan Jebat. Jadinya, seminggu dua atau tiga kali sahaja kau akan jumpa dia sekarang." Terang Qally panjang lebar.

Luna mengangguk faham.

Dia memandang meja Zoul yang kosong. Jejaka itu pasti sudah bosan dengan kerja yang sekarang atau telah jumpa tempat kegemaran yang baharu.

Sesaat, Luna mengingati sesuatu. Dia berjumpa Zoul di hospital di hadapan bilik Izz. Katanya dia sangat mengenali Izz. Dia terlupa untuk menanya tentang hubungan mereka.

Luna tepuk dahi sendiri. Apa hubungan mereka berdua.

"Selamat pagi." Malikhi di hadapan bersama Jeffery masuk serta Mu'az dan Farezel. Kemudian, Huda dan Akesya berlari tergesa-gesa ke arah tempat mereka. Sebelum itu, dia menunduk kecil ke arah Malikhi.

"Selamat pagi." Mereka menjawab perlahan. Semua mata memandang tepat ke arah ketua pengarah di hadapan.

"Saya datang untuk memberi sedikit ucapan." Matanya memandang ke semua wajah pekerjanya.

"Selamat pagi Luna. Semoga dapat bekerja dengan semangat yang baharu." Luna membalas senyuman dari Malikhi.

"Hari ini semua bergerak ke hutan bahagian utara. Jangan berpecah. Sekarang musim hujan. Dengan cuaca yang tidak menentu sukar kita buat andaian atau check dari satelit. Jadi jaga diri masing-masing. Kami pantau semua dari jauh."

Semua mengangguk faham mendengar penjelasan Malikhi. Malikhi berjalan keluar setelah habis bercakap.

Luna merenung tubuh tua itu dari belakang. Perasaan yang dia hadap sekarang berbeza dengan tiga bulan lepas.

Rasa takut lebih menguasai diri. Tetapi yang pasti dia menyukai kerjanya walaupun masih baharu.

"Hello gays."  Zoul berjalan selamba dan duduk di tempatnya.

"Kau kata tak datang sebab malas." Zoul memandang ke arah Farezel. Kemudian, bahu diangkat.

"Lebih kurang. Tapi rajin tu tetiba ada. Jadi di sinilah aku." Zoul mengemas barang yang perlu dibawa.

"Morning, Luna." Zoul melambai mesra ke arah Luna.

"Wah! Kau malas nak datang. So, kau lepas tangan dan beri semua tugas pada Mu'az dan Farezel." Akesya bercekak pinggang sambil memandang Zoul. Jejaka itu hanya beriak selamba.

Luna ketawa kecil dia rindu suasana yang riuh dengan suara kawan-kawannya. Dengan itu dia rasa boleh ketawa.

"Pastikan kasut jangan lupa. Pakai yang kesat jangan tahu melawa je." Mu'az bergerak ke arah tong sampah dan membuang cawan plastiknya.

"Apa lagi yang perlu dibawa?" Qally mengetuk jari pada dagu. Membuat gaya berfikir.

Akesya menunjuk ke arah botol air bersaiz besar di kaki gadis itu. Qally tepuk dahi, dia hampir terlupa benda penting.

HADID'SOnde histórias criam vida. Descubra agora