Chapter 6

52 9 1
                                    

Can I feel the wind
Freeze
Cold
Amazing
I love the feeling of fresh air

Daun kering dan rumput dicabut dan digenggam untuk dibuang luar tanah perkuburan. Dari kubur Leena kemudian beralih ke kubur Qabil.

Itulah kerja Luna setiap hari 'berjumpa' mami dan ayahnya dan menceritakan apa yang berlaku dalam harian hidupnya.

Membosankan?

Tidak!

"Am I a stupid?"

Luna menyoal diri sendiri. Soalan itu tiada jawapan sehingga sekarang. Tiada sesiapa yang ingin menjawab soalannya.

"Una pulang dulu." Luna mengusap pasir yang melekat di seluar dan dia berdiri. Memandang dua kubur kesayangannya buat kali terkahir untuk hari itu.

Luna berjalan ke arah kereta. Dia perlu ke carwash untuk mencuci si baby veloster. Nek engku kata kereta busuk kerana dia. Jadi kereta harus mandi.

Luna memandu keluar dari tanah perkuburan diraja itu. Luna tersenyum apabila memandang kawasan itu.

Selamat tinggal.

Jari mengetuk stereng mengikut rentak river flows in you. Luna humming sambil mata jalan.

Beberapa minit kemudian, Luna berhenti di satu carwash. Bibir merahnya senyum lebar. Mata memandang carwash yang hanya ada dua buah kereta dan baby velosternya adalah yang ketiga.

TUP

Pintu kereta ditutup dan kunci kereta diletakkan atas tingkap cermin hadapan. Dia berjalan ke ruangan menunggu.

Luna memandang depan pokok tua yang sudah gugur daunnya. Daun merah yang gugur diterbang angin.

"Red maple." Gumam Luna perlahan. Mata bersinar melihat daun merah itu.

"Can I be the wind..." Luna memandang udara yang kosong sambil bibir merahnya senyum lebar tanpa sebab.

"Miss you mom... dad..." Kenangan bersama bermain di fikiran.

"Luna rasa kosong..."

"Sangat..."

Setitis air matanya jatuh. Tetapi bibirnya tetap tersenyum.

"Jangan risau, nek engku ada temankan Una." Kesan air mata dikesat lembut.

Nafas dihela lemah. Selama dua puluh empat tahun hidup bersendirian tanpa ibu bapa. Buat keputusan sendiri, uruskan hidup sendiri dan belajar sendiri.

Luna termenung lagi memikirkan kehidupan semasa belajar. Melihat pelajar lain dihantar oleh ibu bapa manakala dirinya dihantar oleh Annie dan penjaga yang diupah oleh Annie menemaninya ke Harvard university.

Tetapi dia tetap bersyukur kerana neneknya masih mengambil berat tentangnya tidak menyalahkan dirinya sama sekali.

"Sorry!" Termati lamunan Luna apabila lengannya dilanggar oleh badan seseorang.

"Sorry miss." Katanya sekali lagi. Kemudian, sambung bergosip kembali.

Luna menjeling belakang tubuh dua gadis yang duduk berhadapan dengannya. Dahi berkerut halus apabila mendengar bisikan angin dan ketawa dari gadis itu.

"Tinggi."

"Kacak."

"Tengok tu."

Luna hanya mendengar itu dan tidak mahu mendengar perkataan lain. Perkara biasa apabila melihat lelaki berotot dan tegap. Luna perasan tetapi jejaka itu membelakanginya.

HADID'SNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ