Chapter 17

52 6 0
                                    

Pergerakan gadis comel itu kaku. Tidak dapat bergerak seperti telah ditangkap membuat kesalahan.

Memang kesalahan.

Mata terpejam rapat apabila ruang nasalnya menghidu bauan maskulin dari belakang. Bibir digigit kuat. Amaran yang diberi dahulu datang kembali.

"Don't you dare to touch my things. Especially you, an outsider who is not our bloodline."

"Kau buat apa?" Luna tersedar. Sekali lagi suara serak basah itu berbunyi.

Luna dapat rasa belakang tubuhnya didekati satu tubuh. Gelap dan...

Seram!

Saliva ditelan susah. Terlalu takut. Mungkin dia akan dimarahi lagi. Dia tidak mahu itu berlaku. Dia penat. Lelah. Walaupun dia berani melawan kata-kata jejaka itu tidak bermakna dia seorang yang berani.

Perlahan-lahan tubuhnya berpusing untuk berdepan dengan jejaka itu. Bibir terkumat kamit membaca sesuatu sambil mata dipejam rapat.

"Are you done?" Soal suara garau itu perlahan. Luna membuka mata. Disebabkan terkejut, Luna ke belakang secara drastik.

Bibir terjungkit sinis melihat pipi gadis di hadapannya berubah merah. Luna memandang arah lain. Kemudian matanya mencari telefon di atas meja pulau. Sudah tiada!

"Aku mahu ambil barang aku." Bergema suara garau itu menerangkan tujuannya. Luna mengangguk sekali. Dalam diam dia menghela nafas lega. Fikirnya dia akan dimarahi atau ditengking. Tetapi tidak.

Aneh.

Dengan pantas Luna mendongak memandang wajah maskulin jejaka itu. Hampir terbatuk dia apabila mata amber itu tajam memandangnya. Kening lebat jejaka itu terjungkit sebelah.

Bibir merahnya terbuka kecil ingin bertanya sesuatu. Tetapi melihat riak wajah itu seperti ingin memainkannya terkubu niatnya.

"Ak--aku mahu panggil kau tadi. Telefon tertinggal." Luna menggaru kepala kekok.

"Kau pandang apa?" Soal Luna.

"Manusia." Sarkastik.

Izz berjalan santai keluar dari dapur. Dia sedar pandangan dari mata hitam itu. Dalam diam dia senyum sinis.

Luna memegang dada yang mahu pecah. Kalau Izz memarahinya dia mahu lari tetapi jejaka keturunan Hadid itu tidak tengking lebih tepat marah.

Bibir terjungkit kecil. Mungkin Izz sudah berubah. Boleh menerimanya semula dan mahu berbaik dengannya.

Satu petanda yang baik.

Jam dilihat. Lagi sejam lebih untuk ke airport. Sepatutnya mereka sudah dalam perjalanan ke airport tetapi Izz seperti lupa.

Luna berjalan ke ruang tamu. Dilihat ruang luas itu kemudian matanya memandang atas. Chandelier tergantung cantik. Mulut terbuka memandang permata bersinar di hujung chandelier.

Beautiful.

Kemudian, kakinya melangkah ke arah kanan satu lorong panjang dan dihiasi gambar dan pingat yang dimenangi oleh jejaka itu.

Race bib Miami.

Jari telunjuk bergerak perlahan ingin menyentuh pingat emas itu. Cantik. Bersinar. Besar dan tulen.

Hampir disentuh tiba-tiba dia disengah oleh suara garau dari hujung koridor. Suara itu bergema kuat melarang perbuatannya.

"Don't touch my things." Tiada intonasi tetapi cukup membuatkan Luna gentar. Dengan pantas dia menarik tangannya dan mengenggam baju di sisi.

HADID'SWhere stories live. Discover now