Chapter 20

45 6 0
                                    

Anak mata hitam bulat merenung lama kolam buatan di depannya. Kemudian, ice cream milo digigit sekali.

Manis.

Full of sucrose...

Bosan. Itu yang dia rasa sekarang. Dia mahu jalan-jalan sambil melihat sejarah Miami bersama flower boy.

"Una?" Annie menarik kerusi dan duduk sebelah Luna. Rambut panjang Luna diselit belakang telinga.

Rindu ingin melihat wajah persis anak kesayangan. Dari sisi jelas kecantikan wajah masam itu.

Annie tersengih sendiri.

"Una buat apa di sini?" Luna menunjuk ice cream milo. Annie ketawa kecil.

"Una buatkan nenek teringatkan seseorang." Annie mengusap pipi mulus Luna. Pipi runcing gadis itu memerah seakan dipuji kekasih hati.

"Siapa nek?" Soal Luna lambat-lambat.

"Mami Una."

Luna menarik senyuman kecil. Rasa rindu mula terasa. Tangan tua Annie pada pipinya diambil dan digenggam atas peha.

"Nek, boleh Una tahu bagaimana mami dengan ayah boleh jumpa. Macam comel je kalau tengok gambar mami dengan ayah." Annie tersenyum kecil melihat Luna yang senyum lebar.

Orchid green house dipandang oleh mereka.

"Itu tempat perjumpaan mereka. Mami Una beli pokok orkid yang baru. Masa tu mami sedang menghias green house ini untuk nenek. Dia yang sapu sampah, kemas kaca yang berselerak. Happy dapat bahagiakan nenek." Annie tersenyum melihat bunga orkid yang bergerak ditiup angin.

"Dari pagi sehingga malam mami Una mengemas. Tangan luka sebab angkat pasu bunga. Nenek mahu tolong tapi dilarang mami. Tapi...."

"Mami Una ada beli pokok besar. Ada sebuah lori datang. Kemudian, seorang pekerja lompat dari belakang lori dan keluarkan pokok besar itu. Bila mami Una mahu ambil dari lelaki itu. Terus lelaki tu mengelak dan berjalan masuk ke dalam green house tu." Annie ketawa kecil apabila teringat tentang itu.

"Lelaki tu langgar bahu mami Una sebelum dia berpusing dan tanya dengan suara sombong dia. Nak letak mana pasu tu. Mami Una tunjuk dengan jari je. Konon marah." Annie ketawa lagi. Hujung mata dikesat dengan hujung baju.

"She's stronger daughter. Always made me smile. Bila je mami Una tidak bahagiakan nenek." Luna memeluk sisi bahu Annie. Sebak.

"The best moment is lelaki itu melamar mami Una di depan nenek. Seorang lelaki yang dapat buatkan mami Una senyum lebar pada hari bahagia mereka. Tidak pernah sekali ayah Una sedihkan mami. Sehingga akhir..." Annie menoleh ke Luna.

"Tak pelik kalau Una pun tidak menangis sebab kuat macam mami." Luna tersengih suka. Walaupun kurang tepat tetapi itu adalah betul.

"Una harap, Una kuat seperti mami." Luna jatuhkan kepala atas bahu Annie.  Mencari ketenangan sambil melihat kenangan.

I miss you...

*****

Cangkul diambil dan diletakkan di tepi. Di sandar pada kerusi. Puas hati melihat pokok yang ditanam dengan tangan sendiri. Tanpa bantuan.

Kepala didongak ke atas. Mengira masa cuti yang tinggal. Sudah dua bulan dia bercuti dan sekarang masa untuk kumpul duit semula. Untuk harapkan duit simpanannya sempat habis sebelum masuk bulan keempat.

Walaupun dia cucu Annie tetapi dia tidak sekaya sepupunya yang lain. Dia perlu mencari wang sendiri.

Apron getah yang londeh ditarik ke atas semula. Rambut panjang yang berterbangan diselit belakang telinga. Ralit membuat kerja tanpa menoleh ke arah lain.

Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Kaki panjang itu melangkah perlahan ke arah satu tubuh yang sedang membongkok. Bibir tersenyum nipis melihat gadis itu.

Tangan naik merosakkan rambut hitam itu. Secara drastik gadis itu menoleh belakang.Mereka berdua membeku. Luna menjauh dari tubuh tegap itu.

"Mana kau buang tudung kau?" Soal suara garau dari belakang itu keras. Tubuh Luna mengeras.

Sepantas kilat dan menutup kepala dengan tangan. Membesar matanya melihat tubuh tegap yang bersilang tangan berjalan mendekatinya. Mata amber itu tajam menikam wajahnya.

Plastik berbekas tanah diambil dan disauk ke atas kepala.

"Hey! Buat apa di sini?!" Soal Luna. Terlalu gelabah sehinggakan tidak kisah imej dia sekarang.

"Pandang arah lain." Luna cuba menutup kepalanya lagi.

Mata tajam itu menjeling ke arah bawah. Nafas dihela panjang. Melihat rambut beralun Luna membuatkan hatinya bedebar.

"Sebelum masuk tu ketuk dulu. Jangan masuk terus. Ish!" Luna berlari ke dalam rumah. Mencari tudung.

Beberapa minit menghilang Luna kembali bersama tudung labuh hitam. Tidak jumpa tudungnya ysng selalu digunakan.

"Lain kali jangan datang—"

"Kalau sudah tahu tinggal dengan nek engku sila pakai tudung untuk tutup kepala kau tu. Buat tayangan free depan aku. Kau fikir aku suka?" Izz pintas percakapan Luna. Luna menggigit bibir geram.

Dia berjalan laju dan melanggar bahu Izz kasar. Tetapi tubuh itu tidak bergerak dilanggar bahu kurus Luna. Izz melihat Luna yang menjauh darinya. Tengkuk diusap. Tetiba rasa janggal.

Dia fikirkan itu Ianna. Rupanya orang lain.

Luna berjalan jauh dari Izz. Masih rasa kesan tangan Izz melekat di kepalanya. Usapan yang lembut dan penuh kasih sayang

Kasih yang hilang...

Luna mengambil bekas pasu bunga. Muka membuat memek hodoh apabila melihat jentik-jentik dalam takungan air. Laju tangannya sengetkan bekas itu ke dalam longkang kecil.

"Mati kau!" Luna memijak jejentik yang berada di hujung kakinya.

"Ada apa-apa yang boleh aku bantu?" Izz datang mendekat. Dia mendekati Luna yang mencangkung. Belakang tubuh kurus itu dipandang lama. Kepala digeleng kecil melihat Luna memakai tudung labuh yang lebih besar dari tubuhnya.

"Kau curi tudung siapa tu?" Izz membaiki tudung yang dipakai Luna. Mengeras tubuh itu apabila tangan kasar Izz menarik perlahan tudung Luna ke atas. Membaiki kedudukan tudung supaya tidak jatuh ke simen.

Luna berdehem kuat. "Aku boleh baiki sendiri." Luna berdiri dan menjauh dari Izz. Kening lebat jejaka terangkat sebelah. Nafas ditarik dalam.

"Aku minta maaf." Izz bersuara perlahan. Matanya memandang raut wajah redup Luna.

Sedih.

Luna mengangguk sekali. Kemudian, dia memusingkan tubuh untuk melarikan diri lagi.

"Wait. Kenapa kau lari dari aku?" Izz bersuara kuat. Panas hati melihat tingkah laku Luna.

"Suka hati akulah."

"Aku sudah minta maaf. Apa lagi yang tak cukup?" Izz mendekati Luna. Tetapi gadis itu menjauhkan diri.

"Jangan dekat. Berdiri di situ."

"Kau nak pergi mana?" Soal Izz sambil mengejar langkah Luna.

"Jangan ikut aku." Luna mengangkat tapak tangan menghentikan langkah Izz.

"Kenapa kau lari dari aku. Apa salah aku lagi?" Soal Izz tidak puas hati. Wajah kacak itu berkerut tidak suka.

Luna senyum sinis. Tajam bibir separa tebalnya ditarik sambil mata memandang jejaka keturunan Hadid di hadapannya.

"Kau banyak salah dengan aku. Lagipun, kita tidak pernah berkawan. Apa yang kau mahu dari aku Izz Arfan Al-Hadid? Kalau kau mahu minta maaf tentang tadi tu. Baik, aku lupakan. Mungkin itu kesalahan yang tidak sengaja." Sinis Luna menuturkan ayatnya. Mahu beri kefahaman kepada Izz.

"Kau mahu minta maaf lagi ke?" Luna mengangkat kening ke arah Izz. Jejaka itu terdiam. Mata amber itu memandang Luna yang berjalan masuk ke dalam rumah. Kemudian, rambut disisir kebelakang.

Luna memegang dada yang berdebar laju. Tidak sanggup dia berdekatan dengan Izz. Dia rasa lain bila mendekati jejaka itu. Dia tidak tahu rasa apa yang pasti dia mahu lari jauh biarpun menyakiti hati jejaka itu.

HADID'SWhere stories live. Discover now