Chapter 22

54 8 2
                                    

Kepala ke belakang bila ditunjal berkali-kali. Tidak tahan melihat kekasaran itu. Annie menahan tangan anaknya.

"Menyusahkan orang." Luahnya tidak puas hati.

"Sabar. Izz demam sebab penat. Doktor sudah terangkan berkali-kali. Jangan salahkan orang lain." Bahu isterinya ditarik kebelakang.

"Izz ikut perempuan ni ke Miami sehinggakan tidak menjaga diri sendiri!" Kuat suaranya menjerkah gadis di hadapannya.

Luna tidak mengangkat kepala walaupun sedikit. Tengkuknya yang sakit cuba ditahan. Dia malu. Walaupun hanya dia, Annie, kedua ibu bapa Izz dan adik-adiknya.

"Ma yang salah. Jangan marah Una." Annie menarik Luna berdiri di belakangnya.

"Momma. Jangan bela budak hingusan ni. Saya sudah lama bertahan. Dia selalu menyusahkan keluarga kita." Dia bersuara sinis. Tangan disilangkan ke dada. Wajah mendatar Luna dipandang geram.

"Keluar dari sini. Jangan muncul atau datang ke sini. Orang luar memang bahaya."

"Aliah! Jangan melampau." Lengan Aliah ditarik menjauh dari Luna.

"Don't be childish Aliah. Malu sikit pada anak-anak."

Ianna memalingkan wajah ke arah lain manakala Aariv merenung tajam wajah mendatar Luna.

Tetiba pintu terbuka. Semua memandang ke arah pintu. Seseorang melangkah masuk bersama pembantunya di sisi. Semua mata memandang ke arahnya.

Izz duduk atas katil dengan perlahan dibantu Aariv dan Aliah. Tubuhnya masih lemah.

Luna berdiri menjauh dari Izz. Walaupun sudah dimarahi dan dihalau, dia tetap berdiri di situ.

"Ibu bapa kepada Tuan Izz?" Aliah dan Ilyas memandang nurse yang membantu Izz sebentar tadi.

"Tuan Izz boleh pulang petang ini tapi habiskan air dalam botol ini dahulu. Kemudian, surat akan diberi petang ini. Tuan Izz boleh berehat." Nurse itu keluar.

Izz memandang ke arah Annie dan Aliah. Kemudian, anak mata amber itu mencari wajah seseorang.

"Izz ada rasa panas badan lagi." Tegur Aliah dan berdiri di sisi jejaka itu.

"Dahi Izz masih panas. Berehatlah. Jangan bergerak banyak sangat."

Luna berbisik sesuatu pada Annie dan dia berjalan keluar. Laju langkahnya apabila merasakan dirinya diperhati.

Pintu dibuka, membulat matanya memandang wajah maskulin di hadapannya. Hampir sahaja mereka berlanggar.

"Kau sudah mahu pulang?" Soalnya perlahan. Luna ditarik mendekat agar jauh dari pintu wad Izz bila tersedar mata seseorang perhatikan mereka.

"Kau okay? Ada apa-apa berlaku? Selama ni kau menghilang ke mana?" Pelbagai soalan ditembak. Luna masih diam. Tangan yang menariknya tadi ditarik.

" Tidak sesuai untuk berbual di sini."

"Mari ke kafe bawah. Aku boleh melawat dia sebentar lagi. Sekarang biarkan family dia melawat dulu." Luna jatuhkan kepala perlahan-lahan.

Mereka keluar dari wad vvip itu dan menuju ke lift. Sunyi. Kaku.

Setelah lama tidak berjumpa akhirnya mereka berjumpa kembali. Tetapi dalam keadaan yang mengejut.

Yang menjadi tanda tanya apa apa hubungan mereka. Jejaka itu hanya perhatikan Luna dalam diam.

Adakah betul hubungan mereka. Luna mahu menanyakan sesuatu tetapi dia tiada hak.

×××××

HADID'SWhere stories live. Discover now