Chapter 13

48 7 0
                                    


"Don't be ashamed, man"

Nick melepaskan keluh. Botol coke dihempas kasar atas meja kaca panjang depannya.

Bulu telinga berdiri tegak apabila mendengar suara seksi yang cuba menggoda di hujung meja bar. Anak matanya menjeling malas.

"Di halang macam tu juga. Sanggup pula Izz tahan perangai minah tu?" Nick menyoal Jiwa yang leka membaca article dalam telefon.

"Apa kau sangka, dia masih sayang dengan perempuan tu." Jiwa tidak memandang sekelilingnya. Tetap fokus pada berita hangat dan sensasi.

Tetapi sesekali dia mengeluh kesal kerana berada di ruang yang sama dengan pasangan merpati di hujung meja bar.

"Mel lepaskan!" Keras nada Izz apabila zip seluarnya dimain dengan jari runcing si gadis.

"What? I tak sentuh lebih-lebih, okay." Meline masih degil. Tanpa rasa malu, kepala dijatuhkan atas dada bidang Izz.

"Stop." Bisik Izz keras. Telinganya memerah menahan amarah.

Dia mahukan ruang untuk tenangkan fikiran bukan ingin tambah masalah. Meline memang degil dan susah bawa bincang.

"Get out." Ujar Izz perlahan. Tidak mahu memalukan Meline di depan kawan-kawannya.

"Sayanglah sangat." Nick meneguk air coke kembali.

Meline berkerut tidak suka. "I datang dari jauh naik flight because of you. And now you throw me out?" Meline memegang lengan sasa Izz. Matanya sudah berair kerana dilayan kasar.

"Arfan, please." Tangan Meline turun perlahan ke jemari kekar Izz tidak sempat untuk digenggam, pantas Izz menarik tangannya.

"Keluar! Faham bahasa melayu kan? Keluar." Izz meguatkan suara. Kedegilan Meline membuatkan dia hilang sabar.

Meline menjeling ke arah Nick berlakon menggaru kepala dan Jiwa yang tekun membaca article. Dia mendegus kasar sebelum keluar.

"As usual." Mouri datang mendekat setelah lama menjadi pemerhati.

"You want her, then take it." Izz berdiri dan membaiki seluarnya.

"What the view ahaa? I think something---"

"What do you want Mouri? Get out." Izz duduk kembali. Dia hanya membaiki seluar yang disentuh oleh gadis degil itu.

"Hey mate. Don't be stress. You can talk or share with me." Mouri duduk sebelah Izz. Bahu tegap jejaka itu ditepuk mesra.

Jiwa dan Nick terus menoleh ke arah kedua jejaka itu. Mouri masuk tanpa izin mungkin akan buatkan darah panas jejaka muda itu semakin bergelegak.

"...and about the lass, I'm not into her. I want something fresh and hotter than hot." Mouri ketawa sinis sambil melihat ke arah pintu keluar Meline sebentar tadi.

Izz hanya diam tanpa membalas. Rambut dikusutkan dan dia mengeluh keras.

"Go to zouk and try to find fresh lassie..." Izz bersuara setelah lama berdiam.

"Kalau ada."

Jiwa dan Nick menahan ketawa dari meletus. Mouri yang dikenali kaki kelab dijeling hujung mata.

"Memang tak ada. Sebab itu aku tanya kau ada lass yang fresh. Di mana bonnie yang selalu menjadi penonton tetap kau tu. Lebih baik dari perempuan tadi---" terhenti percakapan Mouri bila Izz mencengkam kuat lehernya. Wajah cerah itu bertukar merah kerana sesak nafas.

Izz merenung tajam ke dalam anak mata biru Mouri. Jika lass yang dimaksudkan Mouri adalah Meline dia tidak kisah. Tetapi bukan bonnie yang dituju kepada penonton tetap itu.

HADID'SWhere stories live. Discover now