Chapter 24

42 9 1
                                    


'Maybe this is our last goodbye'

Dia masih kaku.

Apa aku salah dengar?

"Ehem... dah ada yang memanggil." Beto memerli perlahan. Dia mahu lihat wajah merah Luna. Pasti comel.

Sesekali matanya menjeling Izz di sebelah. Jejaka itu tenang dan santai sambil tangannya disandarkan pada sofa di atas kepalanya. Manakala Hazell sudah mengeluarkan asap dari telinga dan lubang hidung.

Luna pusing perlahan-lahan dan memandang wajah ketiga manusia itu dengan laju.

"Hazell boleh buatkan. Aku ada hal." Luna menunduk dan terus berjalan laju ke pintu utama.

Beberapa langkah Luna berhenti. Dia berpusing ke belakang.

"Mana pergi yang lain?" Soal Luna kehairanan.

"Keluar. Today we have special guests." Beto bersuara riang.

"Siapa?" Soal Luna. Mungkin aunty Lala mahu membuat surprise.

"Jangan menyibuk lah." Hazell menyelit rambut belakang telinga.

"Aku bukan tanya kau." Luna menjeling tajam Hazell.

"Aku pergi dulu."

"No manners. Kau pergi macam tu je walaupun aku dan Izz baru sampai." Suara Hazell memberhentikan langkah Luna.

Luna menoleh ke belakang. Melihat Hazell yang melipat tangan ke dada sambil berjalan ke arahnya.

"Perangai buruk kau tak pernah berubah. Kalau dulu anak pungut sekarang gelaran kau cucu pungut. Mak dengan anak sama--"

PANG

Hazell memegang pipinya. Luna bernafas laju. Wajah merah Hazell dipandang geram.

"Kurang ajar. Kau tiada hak letak gelaran itu kepada aku dan mak aku." Luna menunjal sekali kepala Hazell.

Jari Luna ditepis. Tangan digenggam kemas. Perasaan geram dan marah bercampur.

"Aku cuma sedarkan kau bahawa kau tu tidak dialu-alukan di sini." Hazell masih cuba menyakitkan hati Luna.

"Aku tak faham. Kau berani tunjuk rupa kau depan aku dan Izz." Hazell berbisik perlahan. Sesaat matanya menjeling di belakang. Izz dan Beto yang berada jauh dari mereka.

Hazell mencari idea lagi untuk menyakitkan hati Luna selepas melihat adengan kurang romantis tadi di depannya.

"Dengar tak? Ke kau nak aku cakap kuat sikit?" Hazell semakin mendekat.

Luna memandang geram wajah merah Hazell. Walaupun, pipi sudah merah ditampar tapi gadis hazellnut itu tidak berhenti menyakitkan hatinya.

"Tak ada rasa malu ke?" Hazell menyoal sinis. Jarinya menolak bahu Luna berkali-kali.

Dengan perasaan geram, Luna menarik jari Hazell dan dipulaskan. Hazell menjerit nyaring sehinggakan menarik perhatian Izz dan Beto.

Pantas dua jejaka itu bergerak ke arah Luna dan Hazell.

"Lepaskan." Hazell menarik jarinya tetapi tidak berjaya. Luna picit lagi kuat. Semakin nyaring Hazell menjerit.

"Stop." Tegas nada Izz. Lengan baju Luna ditarik kuat dan disentak ke bawah. Luna berdecit sakit.

Beto melihat jari halus Hazell yang memerah. Kemudian anak matanya melihat wajah putih Hazell yang berkerut sakit. Tetapi perhatiannya beralih ke pipi mulus gadis itu.

"Apa berlaku?" Soal Izz apabila dia juga melihat kesan merah pada pipi Hazell. Kemudian, dia menjeling Luna yang diam.

"Dia marah Hazell sebab tegur dia."

HADID'SWhere stories live. Discover now