Chapter 45

51 11 0
                                    

Di meja makan itu sepi. Empat pasang mata yang duduk bertentangan hanya menunduk.

Luna mengenggam erat dress labuhnya. Dia tak kuat untuk berdepan dengan kedua peguam tersebut. Dan dia juga masih dalam fasa pemulihan.

"Condolences."  Luna mulakan bicara. Dua pasang mata di depan mereka mendongak.

"I'm truly sorry." Luna menundukkan kepala dan tangan mengenggam pahanya erat. Semoga dia tidak dihukum.

Dua pasang mata itu berpandangan kemudian mereka memandang Luna.

Dengan perasaan penuh gemuruh dia cuba mengangkat kepala. Dia rela jika dianggap menyusahkan atau pembunuh.

"This is not your fault." Tenang suara itu berkata.

"Tak, sepatutnya kami perlu minta maaf sebab Jokhan mati kerana kami." Huda memegang tangan Luna atas paha gadis itu. Dia juga gementar berdepan dengan ibu bapa Jokhan.

Berita tentang kematian Jokhan memeranjatkan semua pihak. Jejaka itu tidak ada musuh atau bergaduh dengan sesiapa tetapi mayatnya dijumpai telah dibunuh tiga hari lepas. Jam empat pagi di syarikat guaman milik keluarganya.

Kesan lebam atau ditikam tiada tetapi organ dalaman kosong. Kedudukannya seakan tidur di dalam kereta bahagian pemandu.

Bapa Jokhan - Ashari mengeluh lemah. Kepalanya berdenyut sakit memikirkan kematian anak lelakinya.

Selama ini dia dapat menyelesaikan masalah client tetapi masalah yang menimpa anaknya tidak dapat diselesaikan. Mustahil hanya organ sahaja yang hilang dan itu membuatkan dia sangat marah!

"Kami tidak salahkan sesiapa. Kes pembunuhan ini sangat rumit. Sebab tiada kesan cap jari atau bukti yang ditinggalkan." Lengan si suami dipegang.

"Kami tahu ajal dia sudah sampai. Tapi kami tak terima Jokhan pergi dengan cara yang kejam!" Air mata si isteri menitis.

"Jokhan tiada buat salah atau apa-apa saja. Tapi kenapa dia dibunuh?" Soal si isteri lagi. Ashari mengesat air mata di pipi isterinya.

"Maaf Luna..." Luna angkat kepala dan geleng laju.

"Tak jangan minta maaf dengan saya." Luna mula kalut. Jika mereka tahu kematian Jokhan ada kena mengena dengan dirinya pasti dia akan dipersalahkan dan dihukum.

"Dan kes Luna kami tak boleh ambil."

"Kenapa?" Tersentak Huda dan Luna.

"Ada orang jumpa kami, katanya peguam dari syarikat Luna sudah selesaikan kes kamu?" Soal Ashari.

"Tak." Jujur Luna. Dia tidak mahu membela atau menjaga nama sesiapa. Kepala digeleng berkali-kali.

"Tak, peguam tu tak ambil kes saya." Luna mengoyangkan lengan Huda. Huda memeluk bahu Luna.

"Pakcik jangan percaya cakap sesiapa."

"Pakcik dan makcik ada file yang saya minta?" Ashari memandang Amni- isterinya. Wanita tua itu mengambil file di sebelahnya.

Huda sambut file itu dan membuka setiap helaian. Huda mengenggam tangan dengan kemas.

HADID'SWhere stories live. Discover now