Chapter 23

56 9 2
                                    

"I'm talking to you." Tubuh tegap itu bangun dari pembaringan. Dia berdiri tegak dan mata amber itu tajam memanah wajah merah di depannya.

Tangan kiri dinaikkan ke atas. Dia membelek seakan ada sesuatu yang cantik menghiasi tapak tangannya.

"Aku rasa basah."

Bibirnya senyum sinis. Kemudian, menjeling ke hadapan sekilas.

"Rindu aku?" Soalnya perlahan.

Selangkah kakinya mendekati gadis di hadapan pintu itu. Mata amber itu tidak lepaskan pandangan ke arah lain.

Semakin lama semakin dekat. Dan berhenti tepat di hadapan gadis itu. Kepala menunduk ke bawah.

"Kau menangis lagi?" Soalnya sarkastik.

Gadis itu kejung. Menangis lagi.

Maksudnya?

"Why? Just...why?" Tangan menolak bahu kurus itu. Suara garaunya seram sehinggakan naik bulu roma si gadis.

Jeda.

"Kenapa kau bersedih?" Tangan dilipat ke dada.

"Kau sepatutnya baring. Kau belum sihat. Sudah malam—"

"Tahu pun malam. Kenapa kau sekarang ni berada di wad lelaki iaitu aku. Sesakit sakit aku, aku tetap lelaki..." kepala menunduk mencari anak mata hitam bersinar yang selalu menganggu tidurnya.

"Kalau aunty Aliah datang malam ni. Nahas lah kau." Tubuh ditegakkan kembali.

Anak mata amber itu memandang ke arah bibir merah kecil yang bergetar. Bibir itu menyebut sesuatu yang tidak jelas.

"Aku tertinggal barang. Maksud ak--aku nek engku tertinggal barang. Aku ambil barang nek engku." Terlalu perlahan suara Luna.

Jejaka itu mendekatkan telinganya ke bibir si gadis.

"Kurang jelas Luna."

Luna mengertap bibir kuat. Kepalanya ke belakang mengelak dari terkena rambut jejaka Hadid itu. Haruman dari jejaka itu kuat masuk ke ruang nasalnya.

Luna mengenggam tangan sendiri dengan kemas. Dia takut. Luahannya tadi didengari oleh manusia itu.

"Nek engku tertinggal barang." Luna beranikan diri. Matanya membalas renungan tajam jejaka itu.

"Aku juga cucu dia. Apa yang nak dirisaukan kalau nek engku tertinggal barang?" Luna mencari akal. Mata amber itu tidak berani dipandang.

"Atau..... kau mahu buat sesuatu pada aku?" Luna menolak tubuh tegap itu dan membuka pintu untuk keluar.

PAP

"Where you wanna go?" Tajam nafas hangat di atas kepala Luna.

Luna memandang tangan berurat yang menolak pintu. Kemudian, perlahan-lahan dia menoleh.

"Izz, aku tak cari pasal dengan kau. Apa yang kau tak puas hati?" Soal Luna mendatar.

Izz menundukkan wajahnya. Hidung mereka hampir berlaga. Dengan pantas Luna mengelak.

"Kau masalah aku." Keras nada suara Izz. Matanya merenung anak mata hitam bersinar milik Luna.

Beautiful.

"Jauhlah! Ak--aku tak boleh bernafas." Izz ketawa sinis. Luna menolak dada tegap Izz. Tetapi jejaka itu tidak berganjak.

Tetiba sebelah lagi tangan Izz diletakkan pada pemegang pintu. Mengunci tubuh kurus Luna.

HADID'SWhere stories live. Discover now