Chapter 25

48 11 2
                                    


Please don't be in love with someone else

Empat hari kehilangannya tidak mengubah apa-apa.

Congratulations.

Congrats.

Congratulation kesayangan nenek.

Ayat terakhir yang didengarinya.

Kepulangannya tidak memberi kejutan malah dia yang menerima kejutan.

Luna berjalan perlahan ke arah biliknya. Langkahnya lemah.

Sakit.

Luna memegang kepala yang berbalut. Adakah kesakitan di sebalik balutan itu dapat melawan kesakitan di dalam hatinya.

Jadi dia harus mengalah dan berpaling. Tiada muka surat baharu untuk mereka sebaliknya kisah mereka telah tamat semenjak kejadian lalu.

Luna menutup pintu dan kunci. Rumah agam itu terasa sunyi.

Luna meleret jatuh di belakang pintu. Air mata mengalir perlahan. Akhirnya dia menangis kerana hal yang remeh.

"Luna rindu mami dan ayah." Luna menarik rapat kedua kakinya. Kepala menunduk di celah kaki.

Dalam kegelapan dia menangis semahunya. Bibir digigit kuat menahan bunyi.

"Luna mahu ikut mami dan ayah."

Luna mendongak memandang siling putih. Air mata mengalir membasahi pipi mulusnya.

"Una sayangkan dia. Dari dulu sehingga sekarang. Una mahu rasa disayangi sekali lagi. Tapi masa telah mengubah segalanya." Luna bersuara lemah.

Perlahan-lahan mata dipejamkan. Dia mengharapkan itu adalah mimpi.

Mimpi ngeri.

xxxxx

Luna menuruni tangga dengan perasaan hampa. Ternyata itu bukanlah mimpi. Tetapi reality.

Bunga yang berteraburan semalam disepak jauh. Bunga itu dipandang jijik.

"Una baru bangun?" Annie menuangkan air di dalam gelas.

Luna sekadar menjatuhkan kepala. Kerusi ditarik dan duduk. Annie duduk berhadapan Luna.

"Nek mahu mi?" Soal Luna sambil menyedok mi di hadapannya.

Annie hulurkan pinggan dengan senyuman di bibir. Luna membalas dengan perasaan bercampur baur.

"Nek..." Panggil Luna.

Kemudian, matanya menjeling ke arah luar dapur. Risau jika ada yang mengintai.

"Iya Una?"

Luna memandang sepi wajah tua di hadapannya. Dia bagaikan ibu dan bapa serta nenek dan atok pada masa yang sama.

Luna menarik nafas dalam. Dadanya sesak.

"Nek engku tahu ke Una pergi mana empat hari Una menghilang?" Luna menundukkan kepala. Dia menjeling wajah Annie sekilas.

Dia mahukan jawapan yang dapat buang kegusaran dalam hati.

"Una tidur di rumah kawan Una. Tak apa, nek  tak marah. Una sudah besar kalau nek halang pasti Una rimas." Annie melambai ke arah pintu dapur.

HADID'SWhere stories live. Discover now