Chapter 40

46 7 0
                                    

Solve the puzzles

3rd December,

Have you seen the fairies dance,
Upon a winter night?
and watched the gnomes and pixies prance,
Where the moon is bright,
Tis splendid fun to see them run,
As soon as is grows light.

Buku tinkelbell milik Hawa dalam bilik bacaan ditutup. Dia bergerak ke arah rak tinggi di sebelah kiri. Kerusi dipanjat dan buku diletak di tempat asal.

Tubuh ramping itu baring di sofa merah panjang di hujung bilik. Mata dipejam rapat melepaskan penat.

Hujung minggu sesuai untuk berehat dari bekerja. Mindanya bercelaru dengan pelbagai masalah.

Lagi dia digantung sepi di dalam rumah agam yang sunyi. Hanya ditemani pembantu rumah yang kehulur kehilir di setiap ruang dan butler yang menemani harinya.

Setiap hari dia akan menelefon Annie bertanya khabar dari si nenek. Telah lama mereka di Hungary selepas perlumbaan F1 Izz.

Mereka tidak pulang ke rumah agam itu. Malah menetap lama di bumi Hungary selama sebulan.

Hidup Luna bosan setiap hari melakukan perkara sama. Kerja, hadap jem, makan dan tidur. Tiada yang berubah.

Sesaat Luna senyum segaris. Berita tentang Izz menang dalam perlumbaan di Hungary bulan lepas memenuhi akhbar digital.

Izz Arfan al-Hadid sebagai juara F1 Hungarian Grand Prix Final.

Nama jejaka itu menjadi hangat di setiap media tanpa menyebut status sebenar jejaka itu. Dia kagum. Kagum dengan rendah hati Izz yang tidak menyebarkan status sebenarnya.

Lay juga memberikan ucapan tahniah menerusinya untuk Izz tapi Luna diam tidak balas. Dia tidak mesra dengan Izz dan jejaka itu juga tidak suka Lay sangat muatahil untuk Luna cakap.

Tangan diletak atas dahi. Lagi bibir merah itu senyum lebar kerana dapat melihat wajah ceria jejaka itu. Tetapi keceriaan itu tidak ikhlas di mata Luna.

Izz seakan terpaksa senyum untuk menjaga hati keluarga dan orang sekeliling.

Luna memejamkan mata. Penat memikirkan masalah orang lain.  Rasa pening tidak hilang dia duduk menegak dan kepala dipicit perlahan. Rambut yang panjang menutup mukanya diraup kebelakang.

Telefon diambil dan dia membaca sekali lagi mesej dari nombor yang tertera. Masih tak percaya dengan apa yang dia lihat.

-kes kau dan Meline selesai.

Luna menggigit bibir lembut. Apa maksud Zoul. Kenapa boleh selesai begitu mudah padahal dia telah rosakkan kaki bak model milik anak aristokrat itu.

Luna merenung nombor Zoul. Dia ingin menekan gambar telefon untuk call jejaka itu. Tapi telah lewat malam.

"Macam mana dia tahu? Kenapa uncle Jeffery tak call aku saja." Luna menggigit kuku jari.

Serabut memikirkan hal itu. Zoul sentiasa tahu tentangnya. Kenapa Zoul ambil berat tentangnya.

Nombor itu dihafal berulang kali dan mata dipejam rapat untuk ingat.

HADID'SWhere stories live. Discover now