Chapter 31

52 7 0
                                    


Descendants of Elizabeth

"Pernah tengok lamma menguap?" Semua mengeleng. Huda mencari akal untuk bergaduh.

Kemudian, jari runcing itu menunjuk ke seseorang yang sedang bersandar malas.

"Macam tu." Semua mata memandang jejaka tersebut. Tanpa disedari olehnya gambar dia menguap diambil seseorang dan Lamma di google.

"Wah! Memang sama!" Farezel menunjuk ke arah kawan-kawannya. Huda memeluk tubuh bangga. Zoul yang mendengar teriakan Farezel terus membuka mata. Mata 'mereka' bertentangan.

"You see this. Kau memang sama dengan Lamma. Wow." Farezel mengelak apabila Zoul ingin merampas telefonnya.

"Merepek kau orang semua." Zoul berdiri dan mengemaskan coat pada tubuh kekarnya.

"Mesyuarat kita hari ni aku dengar ada orang terpenting akan datang." Mu'az menukar topik. Farezel kembali menyimpan telefon. Waktu rehat mereka hampir tamat. Jadi kembali bekerja.

"Khabar angin je tu."

"Tapi selalunya betul. Aku dengar dari tingkat bawah yang suka membawang tu." Semua mengangguk faham. Bila menyebut tingkat bawah mereka sudah tahu iaitu di tingkat satu dan dua. Berita betul atau tidak mudah saja mereka tahu.

"Bersedia sahaja jika ada apa-apa."

"Baik."

Luna mengemas barang dan kertas di atas meja. Semua jadi kucar-kacir. Entah mengapa dia rasa berdebar dan gelisah. Seperti ada perkara buruk bakal terjadi.

Jam Cartier pada tangan kanan dilihat. Sudah tiga minit berlalu. Beberapa kawannya sudah pergi.

Luna membetulkan tudung dan coatnya. Memastikan kemas dan tidak selekeh.

"Aku harap yang baik sahaja."

Luna melangkah keluar dari ruang kerjanya. Lift dituju. Nasibnya kurang baik apabila lift sudah terlepas.

Beberapa minit menunggu lift terbuka dengan pantas dia masuk. Butang 0 ditekan. Iaitu tempat mesyuarat yang bakal dijalankan. Bilik mesyuarat terbesar di dalam syarikat Wild Forecast tersebut.

Luna berjalan laju menuju ke bahagian belakang. Kawan-kawannya sudah mengambil tempat hanya dia yang masih berdiri.

Semua salah kertas. Bersepah!

Luna melihat di setiap ruang mesyuarat itu.  Gelap gelita. Hanya diterangi cahaya dari LCD projector.

Nasib baik sempat sampai. Kalau tidak pasti dia akan dimalukan kalau sampai lewat.

Semua duduk menegak apabila mikrofon dihidupkan dan suara seseorang berbunyi.

"Good morning to ladies and gentlemen. Thanks for coming to the meeting on time. Without further ado, we will start now." Tepukan gemuruh diberikan kepada Than Islah apabila namanya dipanggil untuk memberi ucapan.

Semua diam dan dengar dengan tekun tiada seorang yang berbunyi mahupun bergerak.

Beberapa minit memberikan ucapan. Akhirnya giliran jejaka tua itu telah habis. Kemudian, tetiba semua lampu dipasang. Than Islah masih berdiri tegak di atas pentas di hadapan.

"Hari ini kita ada tetamu terhormat. Dipersilakan Tuan Mike Tymothy Elizabeth untuk naik ke pentas." Semua menepuk tangan dengan gemuruh bersama sorakan kuat.

Mike Tymothy Elizabeth; pengasas jewellery yang paling terkenal. Sebut Bedouin pasti semua akan terjatuh rahang melihat kecantikan permata dan barang kemas berjenama tersebut. Harga selayak yang mampu kepada orang kaya.

HADID'SDonde viven las historias. Descúbrelo ahora