Chapter 36

41 9 0
                                    

Luna tidak tau apa salahnya, bangun pagi dia mendapat ketukan pintu. Dengan muka yang blur dia membuka pintu.

Nan; pembantu yang setia dan dia sahaja yang berani bercakap dengan Luna memberi surat kepada gadis itu.

"Nek engku pergi dulu. Jaga diri baik-baik."

Luna menyisir rambut ke belakang. Terkejut dan bungkam.

Berulang kali dia memesan untuk menghantar Annie ke airport bersama. Tetapi mungkin cucu-cucu Annie tidak beri keizinan dan terus pergi tanpa dia.

Luna menyambung membuat laporan seperti biasa. Kertas kerja atas meja disusun rapi. Sebentar lagi macam biasa akan ada mesyuarat untuk minggu ini.

Komputer yang bercahaya di tenung sebelum dia berdiri. Sesaat, dia terdiam.

Kejadian lepas disebabkan kecuaiannya terlalu menghantui hidupnya. Dengan perlahan-lahan Luna jatuhkan punggung kembali dan membuat kerja. Keinginan untuk ke tandas ditangguhkan dahulu.

Ruang kerja yang kosong diperhatikan lama. Kesemua mereka membuat kerja masing-masing di luar pejabat. Tetapi Luna sahaja yang masih dipejabat.

Keluhan dilepaskan dan pipi digaru perlahan. Dia tidak tahu kerja apa lagi yang ingin dibuat. kertas kerja yang sudah selesai dipandang sekilas. Kemudian, kertas itu disimpan dan kerusi dirapat ke meja.

"Let's start." Jari masih kaku di atas keyboard sambil kaki terkepit.

"Nature call is coming." Luna tidak dapat menahan lagi.

Zoul masuk ke dalam pejabat sambil bersiul terus ditarik Luna.

"Tolong tengokkan aku mahu ke tandas." Laju Luna pergi tanpa Zoul sempat menjawab. Jejaka itu terpinga-pinga.

Bahu diangkat dan dia duduk. Kerusi dipusingkan sambil badan bersandar pada kerusi dan kepala didongak di atas.

Sambil tersenyum dia mengoyangkan kerusi. Senang hati sangat.

"Mana Luna?" Soal satu suara lembut bernada kasar.

"Tandas." Jawabnya sepatah.

"Duduklah di kerusi sendiri. Yang kau duduk dekat kerusi Luna tu kenapa?" Soal Huda tidak puas hati. Zoul memusingkan kerusi ke arah Huda. Wajah jelita gadis itu dilihat aneh.

Huda menjeling Zoul dari hujung mata. Tak nak lari lagi ke? Selesa sangat ke kerusi Luna?

"Fine." Zoul berdiri dan masukkan kedua tangan dalam kocek. Dengan santai dia berjalan ke arah mejanya di sebelah Huda. Punggung dijatuhkan kasar.

"Puas hati?" Zoul mendekatkan wajah ke Huda. Huda tidak berpaling tekun menekan keyboard. Malu. Sehingga merah pipinya kerana Zoul masih melihatnya.

Jejaka itu senyum sinis kemudian bersandar pada kerusi kembali. Huda menarik nafas panjang. Hampir pengsan tadi apabila haruman maskulin jejaka itu masuk ke ruang nasal.

Masculine and feminine.

And smell like a real man.

Huda mengeleng dengan bayangan merepek dalam kepala. Bahaya. Terlalu bahaya.

Semua ini salah Zoul!

Huda menekan keyboard semakin laju dan tanpa sedar kepala semakin ke depan.

"Kau nak rabun cik Huda." Zoul menolak dahi Huda ke belakang. Huda berkelip sekali dan membuat kerja semula.

Zoul please stop! That is so dangerous. I get tachycardia when I think of you!

Tetiba Zoul berdiri dan berjalan ke arah meja Luna. Nasib baik tiada apa yang berubah. Kemudian, dia berpaling ke arah jam di dinding.

HADID'SWhere stories live. Discover now