Chapter 28

50 8 0
                                    


Those butterflies in my stomach are dead

Beg baju diletakkan di tepi katil. Langsir diselak luas. Cahaya matahari masuk ke dalam bilik menerangi seluruh pelusuk ruang itu.

Luna meregangkan tubuh. Perjalanan selama dua jam membuatkan punggung lebarnya sakit.

"Too much pain these day." Luna menanggalkan tudungnya dan baring atas katil.

"Yeah, sooo many pain." Huda berbaring sebelah Luna. Sebelah tangan diletakkan atas dahi dan sebelah lagi atas perut.

"Kau ada masalah dengan Zoul ke Huda?" Qally menarik kerusi kecil dan duduk. Dia memaling ke arah Huda. Akesya terus berdiri sebelah Qally. Huda mengiringkan tubuhnya. Mata dipejam rapat.

"I don't know, he's not my style anymore." Qally memandang Luna. Luna mengangkat bahu.

"Semua orang sedar apa yang jadi antara kau berdua..."Huda memandang Akesya.

"Tapi malas ambil tahu."

"Glad to hear that." Huda pejam mata.

Sepi mencelahi antara mereka. Tiga pasang mata memandang sesama sendiri.

"Aku nak ambil angin di luar." Luna bangun dan mengambil tudung sarung hitam. Qally mengambil tempat Luna. Dia berbaring dan terus berdengkur. Luna mengelengkan kepala.

"Tutup pintu kalau boleh kunci. Aku tak mahu ada gangguan." Huda menutup muka dengan bantal. Luna menjatuhkan kepala dan bergerak ke arah luar. Pesanan Huda dibuat. Kalau sesiapa ganggu tidur minah itu. Satu hutan boleh dengar suara nyaring dia.

Luna berjalan menuruni tangga sambil mengambil gambar dalam telefonnya. Aesthetic frame. Addicted!

"Seorang je Luna?" Luna berhenti melangkah dia terus menoleh ke kiri. Kening sebelah diangkat melihat jejaka itu hanya berpakaian santai.

Laju tukar baju.

"Yup, yang lain berehat. Kau nak pergi mana?" Soal Luna bila melihat jejaka itu memegang kunci kereta.

"Cari makanan kampung." Zoul bersuara mendatar. Luna hanya mengangguk. Sesekali dia melihat Zoul beberapa kali menjeling ke arah bilik rehat wanita.

"Ada apa-apa aku boleh bantu?" Soal Luna mengejek. Zoul mengeleng dan terus berlalu pergi. Belakang tubuh tegap itu dijeling tajam.

"Zoul." Dia berhenti mengejut. Tubuh kecil Luna menghalang jalannya. Kening diangkat sebelah.

Luna memandang Zoul pelik. Sejak bila jejaka itu pandang orang sebelah mata. Weird.

"Aku nak tanya satu soalan."

"Talk."

"Semasa kita terjumpa di hospital haritu. Buat apa?" Zoul melipat tangan ke dada.

"Melawat orang sakit."

"Apa hubungan kau dengan dia?"

"Kawan."

Luna terdiam.

"Sepupu aku, kawan kau?"

Zoul membalas tatapan Luna. Dia diam.

xxxxx

"Bermula dari arah kanan kemudian kita akan ke sebelah kiri." Mu'az melipat peta yang berada di tangannya.

HADID'SWhere stories live. Discover now