Chapter 52

74 9 1
                                    

"Dilarang masuk."

Bibir merah gelap itu membaca perlahan.

"What evah!" Tali kuning diangkat ke atas dan dia menunduk masuk ke kawasan larangan itu.

Kasut bertumitnya memijak tanah yang berselut dengan wajah geli. Habis rosak kasut baharunya. Tak guna.

"Cik tak boleh masuk." Tetiba tubuhnya ditahan oleh seorang gadis beruniform polis.

Dia melepas nafas kasar. Tangan bercekak dipinggang. Kalau dia kurang ajar mesti dihalau keluar.

"Saya nak berjumpa dengan Inspektor Raif. Dia ada?" Gadis itu pandang lama seperti berfikir. Kemudian, dia melepaskan gadis itu.

Bibir merah gelap itu senyum manis dan berjalan laju menaiki bukit. Matanya sudah nampak sasaran.

"Encik Raif!" Dia menjerit kuat dan banyak mata-mata memandang ke arah mereka berdua.

Raif tersentak dan memandang gadis jelita yang berjalan laju ke arahnya. Gadis itu lagi!

Sarung tangan ditanggalkan dan dia campak ke dalam plastik hitam di sebelah pokok. Tangan membuang habuk tanah di kulit lengan.

"Raif."

Kening diangkat sebelah mendengar namanya dipanggil. Semakin advance panggilan gadis itu. Dia hanya memandang gadis itu tercungap-cungap mencari nafas.

"Do deep breathing." Dia yang tersedar dengan cepat berdiri tegak dan membaiki rambut yang serabut ditiup angin.

Sesaat dia memeluk tubuh dan memandang sekeliling. Ada manusia yang memakai sut putih. Personal protective equipment. Ada juga yang mengambil gambar dan beberapa orang lagi bersama german shepherd untuk kesan bau.

"Kenapa tak guna tikus afrika. Haiwan tu lagi kuat deria bau."

"Lepas tu bagi ke kau." Jawab Raif mendatar tetapi penuh sarkastik.

"Hoi!"

"Straight to the point." Raif memandang sekeliling. Dia banyak kerja lagi tetapi perlu berdepan dengan gadis jelita yang pelik itu.

"I have told you before. See. Now she killed someone again." Rambut disisir ke belakang dan memandang mayat dan sudah ditutup.

"No." Raif menggeleng. Membulat mata hitam itu. Apa yang tidak?

"Bukan aku nak back-up sesiapa tapi pembunuhan kali ini lain yang mana tidak sama dengan yang sebelum ini." Raif berjalan ke arah mayat dan tangan dimasukkan ke dalam kocek.

Sebelah tangan menunjukkan gambar mayat tersebut. Tangan halus gadis itu menutup mulut kerana terkejut.

"Kesan jahitan pada dahi, mulut dan mata lain dari yang sebelum ini. Dia menunjukkan mayat memang dibunuh tetapi tiada cap jari kalau yang sebelum ini dia meninggalkan cap jari. Cik Huda harus biarkan aku dan team buat kerja dengan tenang. Dan tunggu keputusan post-mortem. Cik orang luar jadi aku tidak boleh beritahu lebih mendalam."

Raif menyimpan gambar itu dengan cepat. Huda menutup mulut yang ternganga kerana terkejut. Memang kejam pembunuh itu setelah melihat gambar mayat yang dijahit. Harap dia dijahit dalam keadaan yang tak sedarkan diri.

HADID'STempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang