Chapter 53

64 7 0
                                    

Mata tajam Jiwa hanya fokus pada satu kereta sport hitam yang menggila atas litar. Mendahului pelumba yang lain.

Walaupun hanya latihan sebelum ke Petronas Grand Prix pada November. Kawannya berlatih bagaikan dia letak harapan tinggi untuk perlumbaan itu.

Stereng dipusing laju apabila ada kereta sport yang lain hampir memintasnya. Tidak beri peluang sedikit kepada pelumba yang lain.

"Teruk aku tengok dia." Nick melipat tangan ke dada. Jiwa angkat bahu dan dia sandar santai. Mata masih fokus pada kereta sport hitam itu.

"Aku nak korek cerita dari dia." Bisik Jiwa perlahan. Nick menoleh ke Jiwa dan jejaka itu berdiri jalan ke arah tangga.

Nick tidak menyoal bagaikan sudah tahu apa yang berlaku antara dua kawannya. Nafas dihela keras.

Helmet ditanggal dan letak atas meja. Peluh yang mengalir dari rambut hitamnya menitis ke leher.

"Bagus kau kali ini walaupun muka tu macam banyak masalah." Mouri bersandar pada dinding di depan Izz.

"Ke sebab lassie o- I forgot bonnie lad yang setia tu tak datang untuk lihat jejaka idaman berlatih sebelum ke Sepang." Bibir tebal itu menyenget sinis. Izz mengenggam tangan kuat hingga timbul urat lengan. Dia memang tidak suka dengan Mouri dari dalam litar hingga luar perlumbaan sebab suka menyibuk hal peribadinya.

Mouri angkat sebelah kening dengan reaksi beku dari Izz. Tak marah seperti sebelum ini.

"Bergaduh?" Soal Mouri sarkastik.

Izz bagai dapat membaca helah Mouri dia tersenyum sinis. Jejaka jepun itu cuba menyakitkan hatinya untuk?

"Aku tahu kau nak tahu nama penonton setia aku tu." sarung tangan ditanggal dan dibaling atas meja. Zip dibuka dan dia berjalan melintasi Mouri.

Mouri berdecit. Bercakap dengan Izz yang mudah membaca fikiran manusia memang susah untuk menipu.

"Kalau aku tak dapat nama, dapat jumpa pun jadi." Mouri masukkan tangan dalam kocek. Dia berdiri tegak sambil berdecit.

"Kau simpan perempuan lain tapi status kau tunang seorang gadis anak bangsawan. Tak sangka cucu sulung Hadid macam ni." Mouri menoleh ke Izz sekilas. Tubuh jejaka itu menegang dari belakang.

"Aku rasa tak adil kau dapat dua dalam satu masa. Aku nak yang peminat setia kau tu... boleh?" Mouri menepuk bahu Izz dua kali. Tangan yang digenggam erat.

"Kau jangan sibuk hal aku boleh?" Izz memandang Mouri yang senyum senget. Wajah itu nampak puas hati.

"Why? Apa yang aku cakap betulkan?" Mouri ketawa kuat.

"Kau untung sebab Hadid sahaja. Mak bapak kau sepupu dan berpengaruh tapi kau..."

BUK

Izz betulkan tulang lengan. Mouri terbatuk dan rahang sebelah kiri dipegang. Bibir itu senyum menyinis.

Boleh tahan sakit juga walau hanya sekali ditumbuk. Tak guna!. Dia melirik ke bicep Izz. Besar dari tangannya yang kurus.

"Izz."

Nick dan Jiwa datang menghampiri kawannya. Mereka tunggu di ruangan peribadi jejaka itu tetapi tidak sampai-sampai. Rupanya berbual dengan Mouri.

HADID'SWhere stories live. Discover now