Chapter 32

41 7 0
                                    

Segala makanan yang dimakan dimuntahkan semula. Patut rasa pahit. Tudung ditutup dengan coat supaya tidak kena percikan air.

Sisi singki dipegang untuk menahan tubuh. Kemudian, bibir dikesat dengan tisu kasar.

Selepas semua dimuntahkan baru dia rasa lega. Bibir automatik ditarik melebar. Nasib baik sempat muntahkan semula makanan dari Meline Elizabeth itu.

"Are you okay?" Luna terkedu. Suara itu yang paling dia benci telah datang kembali.

Laju Luna berpusing. Membulat matanya melihat Meline berjalan laju ke arahnya. Tangannya ditarik Meline dan digenggam kemas.

"You okay tak?" Sekali dia disoal.

Luna menolak tangan Meline. Kali ini dia tidak akan termakan dengan penipuan Meline. Gadis itu cuba membuat baik dari tadi. Pasti ingin meyakinkan Luna bahawa dia betul-betul ingin berbaik.

"Don't touch me." Luna mengambil beg tangan dan berjalan ke arah pintu.

"Jangan sombong sangat." Langkah Luna terhenti. Tangan yang ingin menarik pintu juga berhenti.

"You jangan fikir nek engku akan sentiasa memihak kepada you," Gincu merah dikeluarkan dan dipakai pada bibir bawah. Sebelah tangan ditahan pada sisi singki. Mata fokus memandang pantulan wajah jelitanya di cermin.

"Suatu hari nanti you akan dibuang juga. My future mother-in-law pasti tak akan biarkan momma kesayangannya berpihak kepada orang luar." Meline tersenyum sinis ke arah cermin tapi Luna tahu itu senyuman mengejek kepadanya.

"Sorry for my bad attitude earlier." Meline pusing menghadap Luna dan tangan disilangkan.

"As a drop dead gorgeous should have a good manners. Mesti you fikir I gila, bukan?" Luna menggenggam tangan erat seperti penumbuk. Jika tidak fikirkan masa depan pasti tangannya tumbuk wajah Meline sehingga puas hati.

Dia kalah.

Dari dulu kau sudah kalah Luna Hannah.

Kalah dengan Meline Elizabeth.

Meline melangkah perlahan ke arah Luna. Luna menjuling mata ke atas.

Lengok gadis itu sangat menyakitkan mata. Gaya seorang penggoda.

"Luna, you sedar tak diri you selama ini di mana? We are not in the same shoes." Meline masih mengeluarkan ayat untuk menyakitkan hati Luna.

Meline memandang Luna bersama senyuman sinis manakala Luna memandang dengan wajah mendatar.

"Sudah habis. Bosan nak tunggu kau habis berhujah tu." Luna membaiki beg tangan pada bahu. Kot hitam ditarik ke bawah.

Tangan memegang pemegang pintu. Tetapi dia berhenti apabila Meline bersuara...

"I'm glad. Izz Arfan al-Hadid choose me instead of you." Meline masih lagi tidak puas hati.

Luna abaikan suara nyamuk itu. Dia buka pintu kasar.

"We are engaged."

Luna menarik nafas dalam dan hembus. Mata dipejamkan mencari kewarasan. Setelah bersedia dia pusingkan tubuh sambil tersenyum paksa.

"Wow, congratulations. You want me to celebrate your engagement?" Luna membuat gaya berfikir. Jari mengetuk dagu dan mulut diherotkan.

"Oh-- I know you want me to announce that you are the fiancée of racer and a sweet liar like her father..."  Luna menepuk tangan kagum.

"Pasti dalam majalah dan berita muncul berita kau sehingga hujung tahun." Luna menjatuhkan tangan dan wajahnya kembali mendatar. Dia berpusing dan berjalan pergi.

HADID'SWhere stories live. Discover now