Chapter 21

40 8 0
                                    

Leher dirasa dengan belakang tapak tangan. Panas. Jari kasar itu memicit kepala yang berasa sakit. 

"Badan kau panas. Berehatlah di rumah. Latihan hari ni aku gantikan tempat kau dengan orang lain." Sean menepuk bahu Izz. Dia mengeleng kepala melihat Izz yang menundukkan kepala.

"Kau nak aku hantar pulang?" Jiwa  duduk sebelah Izz. Kepalanya menoleh ke arah kawannya.

"Tak apa. Aku boleh pandu sendiri." Izz mengambil kunci di atas meja dan berdiri.  Jiwa menyandarkan tubuh pada kerusi. Melihat Izz berjalan perlahan menuruni tangga.

Jiwa berdiri dan masukkan tangan ke dalam poket. Mengikut belakang Izz yang berjalan perlahan. Dia mengeleng kepala lagi. Degil.

"Kau perlukan driver."

Izz mengeleng dan tangan diangkat menunjukkan dirinya baik sahaja.

"Aku pergi masuk ruang rehat sekejap." Izz berjalan pergi.

Jiwa hanya memandang tubuh tegap itu berjalan menaiki tangga. Dia duduk kembali di kerusi penonton.

Tetiba matanya menangkap sesuatu bercahaya. Dia nenoleh ke sebelah. Telefon. Jiwa mengambil telefon itu dan melihat nama yang tertera.

Kemudian perlahan-lahan bibirnya ditarik sinis. Kata tidak suka tetapi simpan juga.

Izz berjalan sambil menampung tubuhnya ke dinding. Kepala rasa berdenyut dan mencucuk. Leher sudah keluar peluh.

"Are you okay?" Soal satu suara dari belakang.

Izz menoleh sekilas kemudian dia sambung berjalan. Nafas dihela pendek.

"You tunggu sekejap." Dia berlari kecil mendekati Izz. Lengan sasa Izz dipeluk lembut.

"Mari I tolong." Dia menarik Izz mengikut langkahnya.

"Stop." Izz berhenti.

Lengannya ditarik dari pegangan wanita di sebelahnya dan berlalu pergi. Kaki dihentak tidak puas hati. Dia mengejar jejaka itu.

"Izz bibir you pucat. Marilah I bantu you." Perlahan-lahan lengan sasa Izz dipeluk tetapi pantas jejaka itu mengelak.

"Apa yang kau nak? Siapa yang beri kau masuk ke sini?" Soal Izz tidak puas hati.

"I dapat rasa melalui firasat I sendiri." Dia masih tidak berputus asa. Langkah Izz dikejar.

"Mel, please stop. Aku boleh jaga diri aku sendiri." Izz naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan Meline.

"Before I call security, please go." Izz membuka pintu ruang rehat. Tiba-tiba kepalanya rasa berpusing dan hampir jatuh. Pantas Meline memeluk pinggang Izz. Menahan tubuh tegap itu dari jatuh.

"Stubborn." Meline membantu Izz masuk ke ruang rehat. Izz mengikut langkah Meline. Dia sudah tidak berdaya.

xxxxx

Kakinya melangkah laju masuk ke dalam kawasan latihan kereta. Tangan dicekak di pinggang dan tangan sebelah lagi menutup kepala. Menghalang air hujan membasahi tudungnya. Kepala menoleh ke kanan dan kiri.

"Excuse me." Dia mengangkat tangan memanggil seseorang. Kemudian, dia berlari mendekati tukang sapu itu.

"Encik nampak tak seorang lelaki yang berdiri di sini." Tukang sapu itu melihat wajah cemasnya.

"Cepat saya mesti berjumpa dengan dia."

"Saya tak nampak sesiapa."

Hampa. Dia memandang pemergian tukang sapu itu. Nafas dihela panjang.

Dia melangkah ke lobi utama bangunan perlumbaan itu. Masuk ke dalam dan berjalan ke arah lift.

Satu tempat yang dia tahu dan pasti jejaka itu berada di situ. Langkahnya dilajukan segera.

Sampai di tingkat atas, dia berlari menuju ke pintu bahagian hujung. Tanpa mengetuk dia terus masuk.

Kaku

Terkejut

Anak mata hitam itu melihat ke hadapan. Wajahnya memanas dan memerah.

"Can we help you?" Soal salah seorang antara mereka.

"Luna, kau mahu apa-apa ke?" Soal lagi seorang kepada Luna.

Luna masih kaku di depan pintu. Perlahan-lahan tanggannya jatuh dari tombol. Luna memandang sekeliling ruang rehat vip itu.

"Siapa yang panggil kau ke sini? Kau nak apa?" Soal seseorang kasar. Pantas Luna memandang ke arah suara itu. Wajah itu tegang dan beku.

"Chill, Nick."

Luna tidak dapat menjawab soalan dari jejaka itu.

"Izz--Izz ada?" Soal Luna gagap.

"Tak apa balik je. Kami boleh jaga. Lagipun sudah ada kekasih hati dia untuk menjaga dia. Kau jangan kisah."

"Nick, kau ada beri tahu sesiapa ke yang Izz sakit?" Semua mata memandang ke arah jejaka itu.

Nick mengelengkan kepala. Dia tidak beritahu kepada sesiapa yang Izz tak sihat.

"Sudah, jangan sibuk di sini lagi. Blah..."

Luna menjatuhkan kepala sekali bahawa dia faham dengan arahan Nick. Tetapi wajahnya sedikit berubah kerana dihalau seperti itu.

"Okay. Maaf ganggu." Luna menutup pintu perlahan-lahan.

Tetiba seseorang membuka pintu yang ada dalam ruang rehat itu. Luna menoleh laju ke arah pintu terbuka itu.

"Izz perlu bawa ke hospital." Luna terdiam. Gadis yang keluar dari bilik itu sambil membaiki baju berjalan ke arah Nick.

Nick mengeluarkan telefon dan mencari nombor seseorang. Rid berdiri dan berjalan menuju ke bilik yang diduduki Izz. Tanpa menghiraukan Luna mereka semua masuk ke dalam bilik.

Luna terdiam.

'Kekasih hati'

Luna rasa sakit. Jika sudah ada kekasih hati mengapa memanggilnya untuk mengambil Izz dan bawa ke hospital.

Rasa ingin tahu dibuang jauh. Jika dia masuk ke dalam bilik itu pasti dihalau lagi. Dia menarik nafas sedalamnya.

Sakit...

Luna berjalan keluar menuju ke tingkat bawah. Dia berlari anak ingin ke sesuatu tempat. Masuk ke dalam lift butang G ditekan.

Beberapa minit kemudian. Pintu lift terbuka. Terkejut. Mereka memandang wajah sesama sendiri.

"Hello–"

"Ya." Jawabnya mendatar tetapi matanya masih melekat pada wajah gadis di depannya.

"Kau di mana? Izz demam panas." Suara kerisauan di dalam telefon menarik perhatian Luna.

"Aku datang sekarang." Telefon dimatikan dan dia masuk ke dalam lift melintasi tubuh Luna.

Tubuh gadis itu kaku dan tidak dapat bergerak. Bayangan jejaka tadi hilang di dalam lift.

Bibir digigit kuat dan tangan digenggam erat. Rasa gelisah dan takut jika apa-apa berlaku kepada Izz.

Tetapi kedatangannya tidak dialu-alukan oleh sahabat jejaka itu.

"O' Allah please save him."

HADID'SWhere stories live. Discover now