Chapter 47!

64 13 2
                                    

Seminggu berlalu. Luna sudah datang ke pejabat semula. Keadaannya sudah sedikit membaik tetapi bukan ketakutannya.

Disebabkan itu Luna dipaksa untuk dijaga oleh dua penjaga. Wanita tua itu sangat merisaukan cucu angkat kesayangan.

Luna menyusun barang dalam kotak yang kedua. Banyak barang yang dia perlu kemas.

"Luna, Tuan Jeffery mahu jumpa kau." Tangan itu berhenti mengemas. Dia berpaling belakang. Renungan dingin darinya membuatkan Qally terbatuk.

"Aku salah cakap ke?" Qally menelan liur kelat.

"Aku minta maaf, Una."

Gadis itu berkelip sekali dan melepaskan kotak pensil.

"Una..." Huda menyentuh lembut bahu Luna.

"Biar aku kemas barang kau. Sepatutnya kau tak boleh datang lagi hari ini. Kau belum pulih. Degil tau." Huda membebel dan menolak Luna perlahan.

"Bila dia mahu jumpa?"

"Sekarang." Qally senyum janggal.

Sejak Luna datang pagi tadi gadis itu langsung tidak senyum atau ketawa.

"Sila tunjukkan jalan untuk aku." Qally garu kepala. Luna minta dia tunjuk jalan ke pejabat Jeffery.

"Bo...boleh." Qally berjalan di depan dan Luna ikut dari belakang.

Huda memandang Zoul. Jejaka itu hanya melihat tanpa bersuara.

"Luna kenapa?" Soal Akesya.

Farezel dan Mu'az menoleh ke Huda. Menunggu jawapan dari gadis itu. Dia sahaja yang Luna sudi bercakap. Jika dengan mereka semua, Luna diam membisu semasa di hospital sehingga sekarang.

"Aku tak tahu. Dia pun tak layan soalan aku." Huda sambung mengemas barang Luna.

"Dia kenapa?" Soal Mu'az prihatin. Wajahnya jelas merisaukan gadis itu.

Tetiba Zoul datang mendekat dan pegang lengan Huda. Terhenti perbuatan gadis itu.

"Kenapa kau kemas barang dia?" Soal Zoul.

"Aku sambung kerja dia tadi." Jawab Huda polos.

Zoul mengeleng kepala. Naif betul Huda sekarang ni. Tak pelik ke Luna mengemas barangnya sehingga bersih meja.

"Aku dengar cerita..." Akesya berhenti bercakap. Semua mata beralih padanya.

"Luna dipindahkan ke tingkat bawah. Sebab apa aku tak tahu. Itu pun aku dengar semasa Luna jumpa dengan Tuan Jeffery hari itu."

Huda laju menerpa ke arahnya. Bahu gadis itu dipegang kemas. Raut wajahnya berubah tegang.

"Engkau cakap apa?" Soa Huda semula.

"Dia dipindahkan ke tingkat lain." Akesya memegang lengan Huda.

"Aku ingatkan dia nak kemas meja dia sebab saja-saja." Huda cengkam semakin kuat.

"Huda sakitlah..." Huda melepaskan bahu Akesya dan mengangkat tangan paras bahu.

"Okay, fine. Jadinya Luna merajuk ke sekarang ni?" Soal Huda. Dagu dipegang gaya berfikir.

Gila jadinya dalam masa seminggu dia menerima pelbagai berita yang tak masuk akal.

TUP

Pintu ditutup kuat dan dia berjalan ke arah meja kaca di tengah ruang pejabat.

Jeffery mendongak memandang Luna yang berjalan ke arahnya. Dia berdiri dan menjemput Luna duduk.

"No, thanks. Tuan mahu cakap apa?" Luna senyum sinis apabila menyebut 'tuan'.

HADID'SМесто, где живут истории. Откройте их для себя