Chapter 50

53 9 0
                                    

File hitam besar disusun di tingkat rak bahagian atas dan cermin kaca ditutup perlahan. Dia mengeluh pendek dan berjalan ke arah kerusi kembali.

Dia menoleh ke arah gadis berambut panjang dan mengangkat kening sebelah. Tangan dilipat ke dada melihat gadis itu.

"Encik tak mahu duduk?" Soalnya seperti itu pejabatnya.

Dengan perlahan jejaka itu berjalan ke arah meja dan duduk bertentangan dengan gadis itu.

"Saya datang untuk bantu kes kawan saya." Terangnya tanpa disoal. Wajah jelita itu senyum kecil bila jejaka itu tidak membuka mulut. Kekok!

"Dia dah pulih. Sekarang dia dijaga oleh nenek dia." Kaki disilangkan selesa.

"Awak jangan risau dengan mangsa. Saya akan jaga dia baik-baik sebab dia kawan saya–"

"Straight to your main objective." Tangan disilangkan ke dada mempamirkan bicep yang besar disebalik kemeja putih jejaka itu sangat seksi. Mata eyeliner tajam itu menjeling ke atas.

"Yup, okay." Dia mengangguk malas.

"Saya nak tahu pembunuh sebenar yang dirahsiakan oleh pihak polis sambil itu boleh saya selamatkan kawan saya." Huda melipat tangan ke dada.

"Sepatutnya...kes ini tak boleh beri tahu orang luar." Tubuh disandar pada kerusi dan tangan diletak pada pemegang di sisi.

"Cik Huda." Panggilnya mendatar. Gadis itu membalas pandangan tajam jejaka itu.

Sekeliling berubah sunyi.

"Awak pasti kes pembunuhan ini berkait rapat dengan kawan awak?" Kening tebal itu dijungkit sebelah. Huda ketawa sinis seakan tidak percaya. Dia melepaskan nafas pendek dan rambut disisir kebelakang.

What the—

"Saya rasa dengan gelaran yang encik ada mesti lebih arif tentang kes pembunuhan ini. Tak akanlah encik tak tahu? Lagipun pembunuh tu dekat tapi kenapa encik tak tangkap?" Huda senyum sinis sambil membalas tatapan jejaka itu. Perlu ke buat kerja lembab?

Dia rasa geram dengan jejaka itu sebab lambat buat kerja!

"Cik Huda..." dia mengurut pelipis. Kemudian tubuhnya menegak.

"Tangkap tanpa bukti yang kukuh tidak boleh." Huda mengeluh kasar.

"Dia dah bunuh dua orang dan tinggalkan bukti. Jadi encik nak tunggu dia bunuh orang seterusnya untuk dapatkan bukti lagi? Kalau mangsa seterusnya kawan saya, bagaimana?!" Suara semakin meninggi. Huda menyisir rambut. Tiba-tiba rasa bahang memikirkan hal itu.

Mungkin dia fikir Huda tidak tahu kerja polis selama ini. Jadi dia tipu dan tipu dan tipu.

"Saya akan pastikan dia ditangkap sebelum ada mangsa seterusnya." Suara garau itu berbunyi dengan penuh yakin. Dia harus buat yang terbaik kerana melibatkan kerabat Hadid.

Jika salah seorang antara mereka tercedera mungkin pangkatnya akan ditarik atau lebih teruk dirinya akan dibuang kerja.

"Cik Huda jangan buat tindakan terburu-buru. Biar kami yang jalankan tugas kami." Suara itu tegas menegur Huda. Tetapi apa kisah gadis itu. Asalkan dia puas hati.

"Encik Raif rasa kalau lagi lambat buat kerja pasti pembunuh itu sekarang ni sedang membunuh. Tak ke macam tu?" Soal Huda sarkastik. Dia geram dengan ketenangan jejaka itu. Semua benda lambat.

Raif mengambil gelas atas meja. Bergerak halkumnya menelan air panas itu. Huda menjeling dari hujung mata. Sesaat dia terperasan sesuatu.

"No wonder..." ternaik kening Raif bila ada suara yang lembut berbisik dari depan.

HADID'SWhere stories live. Discover now