Chapter 26

42 11 2
                                    


Once the heart gets too heavy with pain,
There is no more second chance.

Luna membuka pintu luas. Tubuh tegap yang membelakanginya dipandang lama. Hati mula timbul pelbagai rasa.

"Kau buat apa dalam bilik aku?!" Soal Luna kasar. Dia berjalan laju mendekati tubuh itu.

Perlahan-lahan tubuh tegap itu berpusing dan menghadap Luna. Bibir merah jejaka itu tersenyum sinis.

"Where do you want to go?" Soal suara garau itu mendatar. Wajah maskulin itu bertukar tegang.

Luna diam. Wajah maskulin itu dipandang lama. Dia cuba membaca muka beku itu.

Kemudian, Luna mengeluh. Bahu jatuh kebawah apabila jejaka itu tidak bergerak.

"Why so bother? Sibuk masuk bilik anak dara. Tak tahu malu ke?" Luna duduk bersebelahan pintu dan menunding jari ke arah luar.

"Sebelum ni kau masuk wad aku boleh pula?" Suara garau itu mematikan langkah Luna. Dia berdehem sekali. Muka dibuat selamba.

"Wad dan bilik peribadi perempuan tidak sama." Luna mengertap gigi kuat.

"Dengan segala hormatnya Izz Arfan al-Hadid dipersilakan keluar ke nak bentang karpet merah." Luna tersenyum sinis. Kening di angkat sebelah.

Izz diam. Dia tidak bergerak atau memberi reaksi.

"Kasar." Izz bersuara perlahan. Luna berdecit.

"Tapi aku suka." Izz bergerak ke arah Luna.

Dia berdiri di hadapan Luna. Luna memandang ke depan. Tepat anak matanya ke arah halkum Izz.

Suara Izz jelas masuk ke dalam telinga. Dadanya berdegup laju apabila bauan maskulin dari tubuh tegap itu masuk ke ruang nasalnya.

"Ja--jangan beri tahu nek engku." Luna mendongak sedikit. Mata hitam itu melihat raut wajah kosong Izz.

Jejaka itu tidak mahu tanyakan sesuatu?

Apabila Izz menunduk laju kepala Luna ke bawah. Atas kepalanya dapat rasakan nafas Izz. Jadi, jejaka itu masih menunduk memandangnya.

"Kau ingat nek engku tak akan tahu? Dia pasti akan tahu nanti. So obvious."

"Take care of yourself." Izz berlalu keluar.

Luna laju menutup pintu. Dada yang berdegup laju dipegang.

Tapi aku suka...

Take care of yours...

Luna memandang ke arah pintu. Dia rasa mahu menjerit tetapi risau kalau Izz masih berada di luar.

Sepatutnya kau benci dia Luna. Kau harus benci dia!

This is too much

Dia sudah bertunang!

xxxxx

Lima kotak penuh di bahagian belakang kereta. Manakala dua bagasi di dalam bonet belakang. Tetapi masih banyak barang yang perlu diturunkan.

HADID'SWhere stories live. Discover now