Chapter 19

45 6 0
                                    

Sebelah tangan mengenggam stereng kuat. Urat tangan timbul di tangan kekarnya. Sesekali Luna menjeling sekilas kemudian memandang keluar kembali.

Tidak sudi melihat jejaka disebelahnya dengan lama.

"Berhentikan aku di depan tu." arah Luna kasar. Jejaka itu tidak patut bercakap dengan nada lembut.

"Perlahankan kereta. Se.ka.rang." Luna mengambil beg tangannya dan bersedia untuk keluar apabila jejaka itu perlahankan kereta.

"Goo--oooo. I said stop." Luna menoleh ke belakang. Perhentian bas sudah jauh dari kereta.

"Pusing semula." Arah Luna kasar. Laju kepala menoleh ke arah tepi.

"Izz, boleh tak kau berhenti sekarang!" Izz memicit dahi kemudian lengan disandar pada tingkap. Rimas. Suara Luna membingitkan kereta. Bising.

"Kau boleh diam!" Izz menghentak stereng kereta. Luna dijeling tajam. Rahang dikertap geram melihat perangai Luna seperti budak kecil.

"Aku tak akan diam selagi kau tak berhenti." Izz fikirkan Luna akan takut atau mungkin diam tetapi gadis itu semakin memberontak. Izz menahan geram.

"Sekali lagi kau bising aku humban kau ke gaung." Keras nada Izz. Dia hampir hilang sabar tetapi fikirkan Luna itu perempuan dia masih bersabar.

Luna menjeling ke arah Izz. Walaupun dia boleh melawan kata Izz tetapi ada rasa takut juga. Dia memeluk tubuh dan bersandar.

Beberapa minit berlalu, Izz berhentikan kereta dalam kotak putih di sebuah supermarket berdekatan tengah hutan. Stesen minyak di sebelah supermarket dilihat lama.

"Kalau kau nak ke sana pergi je. Aku boleh jaga diri." Luna bercakap tanpa memandang Izz.

Izz menoleh ke arah Luna. Riak tidak percaya ditayang. Luna dapat melihat pantulan wajah Izz di cermin.

You think I'm crazy?

"Percaya cakap aku." Luna memejamkan mata. Izz melepaskan nafas pendek. Dia tidak risau Luna melarikan diri. Di tengah hutan begini dan waktu senja mana mungkin gadis itu berani. Tetapi dia risaukan hal lain.

Kereta diundurkan dan dia keluar dari kotak itu. Kereta dipandu dan diberhentikan di sebelah stesen minyak. Pintu hitam yang berada disebelahnya dipandang lama. 'Toilet'.

"Kunci pintu." Pesan Izz sebelum keluar.

Luna diam. Dengar pintu kereta ditutup laju tangannya mengunci pintu. Nafas dihela panjang. Sesak dada bila berada berdekatan Izz. Lagi-lagi menghirup udara yang sama di dalam kereta dan duduk di ruang yang sama. Boleh gila!

Luna memegang dada. Bahagian kiri atas. Berdebar. Laju. Sangat laju.

Dan hangat...

Walaupun satu perkara telah terjadi. Dia mudah lupakan tentang itu. Memaafkan walaupun jejaka itu tidak meminta maaf.

Satu minggu adalah masa yang cukup lama. Luna rasa harinya terang apabila dapat berjumpa dengan Izz. Walaupun ada sedikit rasa terkejut kerana dia sangkakan jejaka itu telah pulang ke Malaysia tetapi tidak. Sekarang rasa teruja lebih dari marah dan terkejut.

Am I stupid?

Pintu tandas dibuka dan kelibat tubuh tegap itu keluar dari pintu laju berlari ke arah kereta. Luna membuka kunci kemudian berpaling ke arah berlawanan.

Bibir digigit lembut. Dia mahu tanya sesuatu. Kepala menoleh ke arah Izz yang membaiki baju kemudian jejaka itu memakai tali pinggang.

"Nek engku paksa kau untuk ambil aku?" Soal Luna perlahan. Dia tidak mahu bergaduh. Dia hanya mahukan jawapan.

HADID'SWhere stories live. Discover now