Chapter 37

47 8 1
                                    

Tubuh langsing itu berbaring sambil menyandar pada katil. Kaki diluruskan dan digoyang gelisah.

Dia buntu.

Dia tidak mahu keluar dari bilik kerana jodoh untuk bertembung dengan Izz sangat kuat.

Puas dia menyorok sehingga jejaka itu terbang ke Hungary tetapi kenapa dia masih di negara ini!

Mustahil dia ada kerja.

Luna duduk menegak dan berdiri. Dia harus mencari akal untuk lari dari Izz sekali lagi.

"Wait the minute." Luna berhenti.

"Kau fikir dia kisah tentang kau?"

Punggung dihenyak kasar atas katil. Rambut yang serabai sehingga menutup muka ditiup ke atas.

"No one can care myself like I do." Luna memeluk tubuh sendiri.

"Whenever you feel sad just remember that there are billions of cells in your body still care about you... also, there is still one heart that care about you." Luna menepuk pipi membuang suara garau yang seperti radio classic dalam fikiran.

"You lied..." Luna mengeluh panjang.

"No one care about me..." Setitis air matanya jatuh.

"Tiada sesiapa yang marah kau bila dengan senang sentuh aku dan tampar aku dan aku tiada tempat mengadu seperti orang lain." Mata hitam itu semakin berkaca. Kabur penglihatan memandang wajah sendiri di cermin.

Tangan yang berbalut bandage dipegang perlahan. Rasa sakit datang kembali. Bukan sakit luka tetapi sakit hati.

"Pasti kau datang sebab mahu marah aku. Aku pukul tunang kesayangan kau." Luna memejamkan mata. Bayangan Izz malam itu diingat kembali. Sangat jelas dimatanya jejaka itu benci dan tidak suka dengannya.

Tanpa sedar matanya berair. Rasa sedih bila mengingati kisah hidup sendiri.

"Mami... ayah..."

Luna teresak kecil sambil menumbuk dada yang berasa sangat sakit.

×××××

Tingkap beranda dibuka luas. Luna mendepa tangan merasai angin sejuk menyapa lembut kulit mulusnya. Rambut panjangnya mengikut rentak angin pagi.

Dengan hanya berbaju kelawar dia keluar ke balkoni dan melihat taman orkid dari atas. Berwarna warni dan cantik.

Cuaca yang sejuk dan cerah menarik perhatian Luna Hannah untuk bersiar di taman Orkid. Tudung sauk pilihan dan dia terus menuju ke cermin.

Mata sembab dan terlalu jelas. Luna mengigit bibir lembut.

Tapak tangan dibawa ke mata dan bibir membaca sesuatu.

"Harap tiada yang perasan." Bibir merah itu senyum manis dan bergerak ke luar.

Dia melihat dua orang penjaga taman bunga sedang menolak baja dengan troli dan membawa cangkul kecil.

Luna berjalan lebih dalam. Tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan cantiknya.

Memandikan mereka dan mengubah mereka. Yang pasti Luna tidak mahu memotong mereka kerana itu kejam. Kalau batang pokok boleh berdarah pasti darah mereka di merata tempat.

HADID'SDonde viven las historias. Descúbrelo ahora