Chapter 54

69 8 0
                                    

"Punca letupan dari bilik ini." Dua pasang mata memandangnya.

"Kau pasti?" Soal Said.

"Cebisan bom ada dijumpai atas katil dan sebelah meja solek. Perempuan suka lihat cermin dan meja solek jadi pilihan. Mungkin, pembunuh tu letak bom di sebelah meja solek. Sebabtu dibahagian dinding sliding door dan balkoni hancur."

"Maksud kau ada dua bom ke?" Soal Said. Raif diam.

Mereka bertiga berdiri tegak memandang luar. Jelas penglihatan mereka melihat kawasan luar rumah agam itu. Dan di bawah sana ada kerusi kayu yang pecah bersama batu yang hancur.

"Apa yang encik Izz buat di sini?" Soal Raif. Dia pelik juga ini pertama kali dia berjumpa dengan jejaka Hadid itu.

Izz diam. Tiada jawapan dari jejaka itu. Laju Raif dan Said memandang ke arahnya.

Tanpa reaksi dari wajah tampan itu matanya hanya fokus pada kawasan luar. Apa yang dipandang pun tak tahu.

"Encik Izz." Panggil Said pula.

"Aku dengar." Izz menjawab perlahan.

Dia terfikir apa yang dilakukan Luna semasa terperangkap dalam kebakaran. Sehinggakan ada kerusi yang pecah di bawah sana dan dinding yang hancur diletupkan. Jika dia terjun dari tingkat yang setinggi ini memang kerja gila.

Tingkat tiga yang terlalu tinggi.

"Cari pembunuh Luna Hannah." Said dan Raif diam. Mereka tidak menyoal lebih apabila merasakan Izz sedang menahan marah.

"Kau inspektor yang Luna jumpa untuk selesaikan kes dia hampir dibunuh sebelum ni?" Soal Izz mendatar.

"Betul."

Izz memeluk tubuh. Dia menarik nafas panjang dan hembus.

"Kalau dapat info tentang dia kau hubungi aku. Semua." Tegas Izz. Dia merenung tajam ke dalam mata Raif.

Raif memandang Izz. Tunang seorang perempuan jelitawan aristokrat tapi minat sepupu sendiri.

Jangan cakap dekat orang kau pun sama Raif.

Kepala dijatuhkan sekali. Dia telan liur. Tiba-tiba rasa berdebar. Kerana Izz akan menyoal sesuatu yang dia tak dapat untuk jawab.

"Pada pandangan kau dia masih hidup atau tak?" Soal Izz dan dia menoleh arah Raif. Raif dan Said keduanya terdiam.

Mereka tiada jawapan.

"Sepanjang siasatan mesti dia mahu tahu perkembangan diri sendiri.  Tentang pembunuh tu dari kesan cap jari yang kau jumpa. Aku tengok kau berdua boleh tahan rapat." Dihujung ayat sedikit sinis di pendengaran Raif dan...

Izz seperti tahu siapa pembunuh itu. Raif masih diam tidak menjawab soalan Izz.

Semasa pengebumian Zhanira, dari jauh Izz perhatikan Luna dan kawannya berbual mesra dengan Raif.

"Cik Luna tak mesej atau datang jumpa ke balai. Tapi ka..kawan cik Luna." Tergagap Raif menyebut kawan. Izz merenung tajam wajah Raif.

"Aku tanya dia sebelum ni. Dia kata kau selalu hubungi dia?" Raif terdiam. Beberapa saat berfikir dia tak ada jawapan.

"Kami akan hubungi encik Izz jika dapat bukti lain. Semoga rangka yang kami jumpa bukan milik cik Luna." Raif cuba mengelak. Dia dan Said menunduk ke arah Izz dan mereka keluar.

HADID'SWo Geschichten leben. Entdecke jetzt