Chapter 46

64 11 0
                                    

"Mirror, Mirror on the wall,
who's the fairest of them all?"

Gelas diletak dalam sinki. Lengan baku disinsing ke paras siku dia ambil gelas dan basuh. Dia berhumming mengikut muzik dari headphone yang dipakai.

Siap membasuh dia mengesat tangan pada kain yang dilekat di dinding. Sekali lagi dia menoleh untuk pastikan tiada pinggan atau gelas yang belum basuh kemudian dia menutup lampu.

Jika di rumah agam Annie segalanya dibuat oleh petugas rumah di sana. Tetapi dirumah sendiri tiada maidservants yang bekerja atas arahan tegas dari ayahnya. Tak mahu anak-anaknya pemalas.

Dia melangkah ke arah lift. Malas guna tangga walaupun biliknya di tingkat satu. Lama dia menunggu lift untuk turun dari tingkat empat.

"Huh! Selalu buat masalah." Tangan dilipat ke dada dengan malas dia menuju ke arah tangga.

Kaki dihentak lepaskan geram. Sudahlah biliknya di hujung koridor.

Sampai di tingkat satu dia berhenti dan memandang pintu biliknya yang berada di hujung sekali.

Dia melangkah dengan malas. Alangkah bagusnya kalau lantai rumah itu boleh bergerak sendiri.

"Kenapa?"

Langkah berhenti. Kejung dia berdiri di sebelah pintu hitam besar.

"Mahu tunggu tiga bulan?" Soalnya dalam nada kasar.

"Bukan." Dia memicit batang hidung dan cermin mata ditanggal.

Susuk tubuh kecil itu mengintai di celah pintu bila suara halus dari dalam bilik seakan bertekak.

"Momma harus jaga dia dan saya tak suka itu. Kalau sebelum ni dia boleh tinggal seorang diri kenapa sekarang dia mahu mak saya jaga dia?!" Soalnya benggang. Tangan dilipat ke dada.

"Awak faham tak dia sakit. Baru kelmarin balik dari hospital dan sekarang awak suruh dia duduk seorang diri di luar sana?"

"Saya tak kisah. Tengok dia semalam pun bukan sakit sangat. Mengada je lebih. Anak yatim macam tu tak boleh dimanjakan sangat." Tajam mata amber itu memanda ke arah isterinya.

"Dia dipukul dengan teruk dan sekarang dia dalam fasa pemulihan. Tunggu dia sembuh dulu kalau awak nak buat kerja gila tu!" File kerja ditutup kasar. Dia berdiri mendekati isterinya.

"Saya ingatkan dengan keadaan budak tu yang cedera parah awak akan rasa kasihan pada dia tapi tak awak tipu keluarga peguam dia dan sekarang siapa yang akan selesaikan masalah budak tu?" Tegas dia berkata. Belakang tubuh si isteri dipandang dengan hati yang marah.

"Mana awak punya belas kasihan? Atau simpati? Kita ada anak perempuan. Jangan buat perkara bodoh pada Luna kalau awak tak nak kifarah kembali ke kita." Dia berpaling ke meja kerja kembali dan punggung dijatuhkan kasar atas kerusi.

Aliah diam tidak berani membalas ketegasan Ilyas. Tetapi hatinya masih panas memikirkan Luna yang menikmati kesenangan maknya.

"Aliah, awak seorang ibu. Please, act like your age." Aliah memejam mata menahan sabar. Dia bergerak ke arah pintu dan tutup. Tidak mahu sesiapa mendengar perbualan mereka suami isteri.

HADID'SWhere stories live. Discover now