Chapter 48

62 12 0
                                    

Keluhan dilepaskan. Selepas Izz melihat wajahnya laju sahaja jejaka itu menariknya ke arah bilik dan keluar.

Pintu yang tutup dipandang sekilas. Beberapa minit lepas Izz keluar dan masih belum muncul.

Pipi yang rasa sakit dipegang perlahan. Masih rasa tapak tangan itu melekat pada pipinya.

"Nah."

Membulat mata Luna ketika menoleh ke sebelah. Barang-barangnya dari mini library dibawa ke biliknya. Sejak bila Izz jadi baik?

STRETT

Punggung dijatuhkan di sebelah Luna. First aid dibuka dan mangkuk berisi ais diletak atas meja lampu.

Luna hanya melihat perbuatan jejaka itu. Kain empat segi diambil dan tiga ais diletak dalam kain sebelum dituam ke pipi Luna.

"Apa kau nak buat?" Luna mengelak sedikit. Memerah pipinya dengan tindakan tiba-tiba Izz.

"Cryotherapy." Izz buat dengan perlahan-lahan.

Luna perhatikan Izz. Tidak pernah jejaka itu buat baik dengannya selepas kejadian itu.

"Nek engku masih di bawah?" Soal Luna.

"Hmm."

Luna menggigit bibir. Rasa kekok duduk berdua sahaja dalam bilik bersama Izz.

"Biarkan nek engku yang buat."

"Aku tak nak nek engku risau dengan manusia degil macam kau. Jadi aku tak beritahu nek engku. Tapi lambat laun dia akan tahu juga." Izz sapukan kapas yang diletak cream arnica montana di pipi Luna yang bertukar biru dan hujung mata yang telah muncul luka baru.

Luna hanya diam tidak berani buka mulut. Wajah Izz hanya biasa sahaja dan jejaka itu langsung tidak menyoal tentang luka pada wajahnya.

Luna selesa apabila Izz menyapu ubat di wajahnya. Jejaka itu pandai menjaga jarak dan tidak terlalu dekat.

"Luna!"

Serentak mereka menoleh ke pintu. Annie yang bertongkat dibantu oleh butler setianya masuk ke dalam bilik itu.

Luna menelan liur. Dia menjeling Izz di sebelah. Wajah itu tiada reaksi.

"Apa yang berlaku?" Annie duduk di sebelah Luna dan wajah gadis itu ditelek. Jelas kesan lebam pada wajah comel itu.

"Nora turun berlari dari tangga sebab lihat Izz tarik Luna masuk ke dalam bilik dengan bibir luka." Suara tua itu berubah serak. Dia sangat risau dengan cucu angkat kesayangan.

Dia menoleh ke belakang memandang ke arah butler setianya. Laju sahaja jejaka tua itu mendekat.

Luna mengeluh panjang dalam diam. Dia tahu apa yang akan belaku jadinya dia mengeluh.

"Aduh!" Izz masih lagi selamba menyapu ubat pada lukanya. Tetapi apabila dipandang pelik oleh Luna dia memberi ais kepada gadis itu.

"Buat sendiri." Dia berdiri dan membaiki baju.

"Nek engku, Izz keluar dulu." Izz mencium pipi dan dahi Annie kemudian dia keluar.

HADID'SWhere stories live. Discover now