Chapter 29

46 9 1
                                    


If it's meant to be, it will be

Irsyad berjabat tangan dengan jejaka muda di hadapannya. Bahu jejaka itu ditepuk mesra. Bibir senyum lebar melihat wajah maskulin itu kerana dia jarang untuk hadir majlis atau party.

"Mari masuk." Irsyad menjemputnya untuk duduk. Cahaya kamera tidak berhenti mengambil gambarnya. Kiri kanan depan dan belakang.

Party BBQ telah menjadi event artis.

Luna yang sedang memandang bulan di langit terkaku. Dia laju menutup muka. Dia berharap jejaka itu tidak sedar kewujudan dia.

Kerana tiada yang tahu dia mula bekerja semula dalam keluarga Hadid termasuk Annie.

Tangan menutup muka apabila jejaka itu melintasi mejanya. Tetapi lain pula yang berlaku.

"Hi, Mister Hadid. Nice to meet you." Mu'az, Zoul dan Farezel serentak berdiri dan berjabat tangan dengan Izz. Qally, Huda dan Akesya juga tidak melepaskan peluang. Mereka melambai sambil tersenyum. Pelumba terkenal di depan mata.

Golden time.

Setelah tiga hari tidak berjumpa selepas dia mengangkut barang dari palace Annie. Dia malas ambil tahu tentang jejaka itu. Dan dia tawar hati selepas bergaduh dengan jejaka itu.

"Luna." Huda menarik lengan gadis itu untuk berdiri sama. Luna berdiri sambil memandang arah bertentangan.

"Nice to meet you too." Jawab Izz mesra. Bibir merahnya senyum kecil. Mata amber itu memandang setiap wajah di hadapannya dan berhenti pada gerangan di hujung meja.

Luna memejam mata erat apabila jejaka itu bersuara. Kerana suara itu sungguh menyeramkan. Bisikan jejaka itu menakutkan. Dan aura jejaka itu menghayalkan.

"Mister Izz, have a sit first." Izz bergerak mengikut Irsyad. Mata-mata yang memandang hanya mampu mengambil gambar dari jauh.

Luna laju duduk sambil menutup muka. Apa yang berlaku dia tidak mahu ambil tahu.

Nek engku help me!

Tetiba dia berhenti dan menoleh ke arah Irsyad.

"Can I sit anywhere?"

Tubuh Luna mengeras. Suara garau itu dengar sangat dekat. Liur ditelan berkali. Dia berharap jejaka itu duduk jauh darinya.

"Of course, please take a sit and make yourself comfortable. I'll be back in a minute." Irsyad menunduk sedikit dan pergi ke arah tetamunya yang lain.

Izz berjalan perlahan ke arah meja bersebelahan Luna. Luna dapat rasakan aura hitam di sekelilingnya. Dan lebih tepat di belakangnya.

"Luna jom makan. Akesya memanggil nama Luna. Luna angkat kepala. Qally dan Huda telah menghilang. Farezel juga sudah berdiri bersedia untuk ambil makanan.

Luna laju bangun dan menuju ke arah Akesya. Dia tidak mahu berjumpa atau terserempak dengan jejaka itu.

Tetapi lain pula jadi apabila Akesya membawanya ke satu arah. Mata hitam itu membulat melihat dua gadis comel yang tersenyum lebar sedang berdiri mengambil gambar bersama seseorang.

"Sorry, I just want to take a photo." Qally menyelit rambut belakang telinga.

Dan giliran Huda, dia menyisir rambut ke belakang dan tersenyum manis. Gorgeous.

Luna menepuk dahi. Kawan-kawannya tidak tahu mereka sepupu. Dan sekarang bukan masa sesuai untuk mereka berjumpa.

"Akesya, aku lapar. Aku ambil makanan dulu." Tanpa menunggu balasan Akesya. Luna sudah menghilang.

HADID'SWhere stories live. Discover now