Chapter 41

48 10 0
                                    

Sepasang anak mata hitam bersinar tenung siling putih kekadang matanya beralih memandang air-cond yang menyejukkan tubuhnya.

Selimut ditarik ke paras dada kerana sejuk tetapi selimut hospital itu tidak dapat memanaskan tubuhnya.

KNOCK KNOCK

Dia menoleh ke pintu. Perlahan-lahan pintu dibuka dari kelihatan seorang gadis berbaju putih masuk bersama dua orang asing berbaju hitam dengan beg di tangan mereka.

Luna duduk menegak kerana terkejut. Membulat matanya melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik wad itu.

"Cik Luna ada orang mahu berjumpa."

Luna masih merenung dua wajah asing di depannya. Keasalahan apa yang dia sudah buat.

Oh sheet!

Kau dalam masalah.

"Sorry lambat." Luna menoleh ke belakang. Berkerut dahinya melihat seorang gadis bergincu merah gelap dan eyeliner yang tajam membuatkan wajahnya kelihatan garang dengan gaya diva masuk ke dalam wad.

"It's okay nurse saya boleh uruskan." Dia senyum kecil kepada gadis berbaju putih itu.

"Encik berdua silalah duduk dulu." Dia menunjuk ke arah sofa di ruang rehat bersebelahan katil.

Dengan langkah lemah Luna turun dari katil dan mengikut duduk bersama di sofa single.

"Encik saya Huda yang laporkan pada encik kawan saya dipukul hari itu." Huda menoleh ke arah Luna sekilas sambil senyum dan memandang ke depan kembali.

Luna diam.

Dia masih bingung dan hanya perhatikan Huda membalas soalan dengan pegawai polis muda di depan mereka.

Fikirannya kosong dan blur. Dia masih ingat kejadian yang berlaku tetapi semuanya seperti mimpi ngeri.

Dalam keadaan separa sedar dia cuba ampu tubuhnya dengan lengan tetapi ada sesuatu berat yang menahan belakang tubuhnya.

Besar dan berat.

BUK

Satu sepakan membuatkan tubuh ringannya melanggar pokok di sebelah keretanya. Dengan bantuan cahaya bulan yang terang dia dapat lihat darah segar dari tubuhnya membasahi jalan.

Mata tertutup dengan perlahan dan rasa sesuatu panas mengalir di belakang kepalanya membasahi tudung.

Air mata mengalir perlahan memandang langit gelap diterangi cahaya bulan. Suara garau yang bersiul di sebelahnya mengalihkan perhatian.

Jantungnya berdegup laju mendengar tumit keras memijak tar jalan. Dan ada batu kecil disepak ke wajahnya.

Tubuh itu mencangkung di sebelah tubuh Luna dengan wajah penuh bangga.

"Boleh berkelip lagi kau walaupun aku dah pukul sepenuh hati?"

Luna perhatikan wajah asing yang senyum lebar ke arahnya.

"Kau pandang apa?" Dia ditengking di depan muka. Tidak puas hati dengan pandangan Luna.

"Kau tenung wajah aku untuk apa kalau sekejap lagi kau akan mati." Dia ketawa kuat dengan jenaka sendiri.

"Kau memang tak guna. Berani pandang aku." Pisau diangkat tinggi dan matanya merenung mata hitam pekat Luna yang berair dengan marah.

Perempuan tak guna.

Don't looking at me with those eyes.

Sisi mata Luna dihiris kuat dan darah mengalir laju.

HADID'SWhere stories live. Discover now