Chapter 2

108 12 0
                                    


"Tiada kerpasan sekurang-kurangnya 120 minit. Manakala suhu 29° celsius dan pada hari ini awan dari arah barat dibawa secara perlahan."

"Pasti hari ini tiada apa-apa berlaku?" Soal Jeffery sambil menyelak laporan pekerja bawahannya.

Huda menjatuhkan kepala tanpa ragu-ragu. Matanya memandang Luna di sebelah. Luna hanya senyum kecil.

"Sebelum ini, sengkayan berlaku di koordinat 6°21′N 99°48′E. Darjah, minit dan saat yang salah kamu berikan kepada kami. Pasti hanya ini yang jumpa?" Huda dan Luna menunduk. Tidak berani menentang mata si ketua.

"Cari sumber secara details. Don't show your face until you've find a source of explanation." Jeffery memegang kepala kerana pening membaca data cuaca yang dicari oleh Huda dan Luna.

Laporan itu hanya menjelaskan koordinat, suhu dan minit. Tidak menyatakan tentang kedudukan angin dari arah selatan dan barat seperti yang dimahukan. Kedudukan angin dari arah laut dan pergerakan awan altocumulus, stratocumulus, nimbostratus secara terperinci.

Disebabkan Jeffery melawat ke beberapa kawasan untuk melihat keadaan di setiap tempat. Ternyata, pekerjanya tidak arif melihat cuaca. Huda dan Luna menyatakan cuaca 29° celsius padahal beberapa kawasan membawa awan gelap dan angin kuat.

"Kamu buat masalah lagi." Sambung Jeffery. Matanya memandang luar tingkap di tingkat dua puluh satu itu.

"Nimbostratus, bagaimana? Kamu buta warna?" Jeffery mencampak kertas atas meja dan jatuh ke lantai.

Lima pasang mata memandang ke arah mereka bertiga. Luna dan Huda masih tidak berani mengangkat kepala.

"Kamu masih perlu banyak belajar." Butang merah di atas meja ditekan. Hilang bayangan nimbostratus pada cermin jernih itu dan memaparkan pandangan luar yang cuaca hampir hujan.

"Kerja kamu adalah terangkan secara terperinci tentang cuaca dan awan yang telah saya hantar dalam email masing-masing. Ini untuk penambahan markah kamu untuk pekerja terbaik tahunan." Jeffery berdiri dan masukkan tangan dalam kocek seluar.

"Kajian pada hari ini juga kamu buat yang sama. Tidak beri maklumat dengan betul terus yakin dengan pencarian kamu itu." Jeffery mengeluh pendek.

"Tuan Malikhi akan membuat masyuarat pada pagi esok. Tepati masa dan jangan lewat. Datang lima belas minit lebih awal. Setiap jabatan bermasyuarat bersama. Kamu betujuh jangan malukan saya." Jeffery berjalan ke arah pintu.

"Huda, Luna. Pencarian kamu sudah ada cuma tidak menepati syarat dan kemahuan saya. Sebagai denda tolak tiga bintang dan kajian hari ini juga salah jadi tolak lima bintang." Jeffery keluar dari ruang luas itu. Luna dan Huda tercengang.

Lapan bintang!

"Huh! Susahnya. Ketar lutut aku tadi." Zoul duduk kasar atas kerusi. Huda dan Luna berjalan ke meja kerja mereka.

"Garang sangat." Sambung Akesya.

"Bawah tu ada lagi sumber pencarian kami. Apa yang salah? Tuan Jeffery tidak baca habis tapi terus jump to conclusions. Kami bukan tak cari." Huda menutup muka dengan tangan. Dua minggu tidak tidur semata-mata untuk mencari tentang suhu dan pergerakan angin.

"Itu teguran dari tuan Jeffery." Huda, Luna, Akesya dan Zoul memandang ke arah suara garau dari hujung ruang itu. Jejaka itu berdiri dan berjalan ke arah Zoul. Kertas dari tangan Zoul diambil dan dia menyelak laporan itu. Hanya beberapa saat kemudian memandang wajah empat manusia di hadapannya bersilih ganti.

"Angin fohn kau salah info. Kawasan pergunungan selalu mengalami angin terjun. Ketinggian gunung dalam gambar ni adalah 610 meter bersamaan 2001 kaki. Coordinate 51 degrees 59 minutes 16 sec North and 176 degrees 35 minutes 30 sec West yang sebetulnya. Tapi kau buat gunung ini 601 meter, jadi kesemua darjah, minit dan saat. Salah." Mu'az menerang panjang. Jejaka itu berdiri dan mengutip kertas yang terjatuh atas lantai.

HADID'SWhere stories live. Discover now