Chapter 18

54 7 0
                                    

"Kau buat apa di sini?" Suara Luna berubah keras.

Sesuatu dibaling tepat di kaki Luna. Gadis itu menunduk. Semakin geram dia kepada jejaka itu.

"Ambil passport bodoh kau tu. Kalau nak lari pun jangan lupa benda tu. Nanti menyusahkan aku lagi." Luna memandang wajah angkuh jejaka di hadapannya.

"Kau yang paksa aku ikut kau sekarang kau cakap aku yang menyusahkan kau?" Luna berjalan perlahan mendekati tubuh tegap di hadapannya.

"Kalau aku menyusahkan kau, abaikan aku. Senang, bukan?" Luna menolak tubuh tegap itu dengan jari telunjuknya.

"Aku cuma—"

"Sebab terpaksa? Aku tak kisah. Jangan sibuk hal aku lagi. Kau yang sebenarnya menyusahkan aku." Luna mengepal geram tangannya. Wajah tegang jejaka itu dipandang berani.

"Kau fikir aku nak sangat datang sini? Bukan aku yang mahu—"

"Jadi siapa? Siapa yang memaksa kau?" Luna memotong percakapan jejaka itu.

"Nek engku? ke mak kau?!" Suara Luna nyaring menyoal. Dia sudah hilang sabar.

PANG

Luna kaku. Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke wajah merah itu. Sesaat anak mata hitamnya memandang tajam tangan kasar yang menampar pipinya.

"Keluar!" Luna menolak tubuh Izz keluar dari rumahnya. Pintu dikunci laju. Pipinya disentuh. Masih rasa tangan kasar itu melekap tepat pada pipinya. Terasa panas dan pedih. Kalau kulitnya putih pasti merah.

Air mata menitis perlahan menuruni pipinya. Laju dia mengesat air mata dengan lengan bajunya.

"Kau tiada hak untuk tampar aku." Luna berjalan ke dalam dan terus masuk ke dalam bilik.

×××××

Daun yang gugur dipijak dengan hati senang. Hidungnya menghirup udara sejuk sambil mendepakan tangan. Udara bumi Miami.

Addicted.

Seminggu berlalu tanpa gangguan. Luna menjalankan hidup seperti biasa.

"Mungkin manusia itu sudah pulang ke tempatnya."

Luna berjalan melintasi jalan dan masuk ke dalam kafe.

San Diego Zoo

Pemandangan hijau di sebelahnya dipandang. Cantik.

Telefon dikeluarkan dan kamera dibuka. Tidak sabar untuk ambil gambar aesthetic.

Tetiba satu bayang menghalangnya. Kepala mendongak tinggi memandang wajah putih di depannya.

"Hi, alone?" Soal suara garau itu. Luna terkaku. Tidak berkelip dia memandang jejaka itu.  Perlahan-lahan bibir melebar.

Flower boy!

"As you can see, no one with me."

"Have a sit." Luna menjemput jejaka itu duduk. Dengan senyuman lebar, punggung dijatuhkan atas kerusi.

"Lama tak nampak awak selepas kita ke gym. Awak ke mana?" Soal jejaka itu risau. Raut wajah Luna ditenung lama.

"Emergency. Dan saya terpaksa pulang masa awak meeting hari tu. I'm truly sorry." Luna cuba senyum. Menutup penipuan yang dibuatnya.

HADID'SUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum