Chapter 51

71 7 0
                                    

Beberapa hari sebelum kematian Zhanira,

Luna dan degil berpisah tiada. Dengan wajah kosong dia berjalan keluar dari lift dan menuju ke bilik kerjanya.

"Kau memang degil!" Huda mengekori Luna dan berjalan seiring dengan gadis itu sehingga ke meja kerja Luna.

Luna mengemas mejanya yang pasti sudah bersih. Lama dia mengemas tapi Huda masih belum pergi. Nafas dihela pendek.

"Aku sudah sihat. Lagipun tuan Jeffery tak bagi limit aku cuti dan aku tak tahu cuti tanpa gaji atau gaji aku berjalan jadinya aku pergi kerja." Huda menjeling Luna atas bawah. Kaki sudah boleh berjalan kecuali wajah comel yang sentiasa tersenyum dahulu sudah ada parut di tepi mata dan pipi.

"Luna kalau kau ada masalah atau apa-apa sahaja kongsi dengan aku. Aku ada untuk kau." Bahu Luna dipegang dan serentak itu Luna kaku sambil memegang file. Jarum jam berdetik sehingga beberapa saat berlalu dan Luna masih begitu.

"Luna?" Panggil Huda perlahan.

Luna menoleh ke tepi memandang wajah jelita Huda. Dia senyum kecil. Antara boleh dipercayai atau tidak dia harus berterima kasih kepada gadis itu kerana banyak membantunya selama ini.

"Thank you." Huda membalas senyuman Luna. Lega hati melihat gadis itu boleh senyum.

Huda berlalu pergi. Luna kembali fokus pada kerjanya. Jam digital di atas meja dijeling sekilas.

08:45 a.m

"Hai selamat pagi!" Akesya hempas punggung kasar atas kerusi. Tali leher dibaiki dan coat pada tubuh dibetulkan.

"Di bawah kecoh sebab ada orang bergaduh. Katanya berita siarkan data palsu yang langsung mereka tak buat. Jadinya, semua salahkan sesama sendiri..." semua mata menoleh ke Akesya.

"Sebab tulah perlunya berbincang. One day, if we be like that. I want to discuss first." Akesya menarik hujung meja dan kerusi bergerak ikut gerakannya rapat ke meja.

Luna memandang belakang tubuh gadis itu. Terasa dengan kata-kata itu. Tidak.

Gerangan itu yang mengadu kepada Jeffery perlu ke dia percaya dengan si penipu itu. Tidak perlu.

Luna menoleh ke depan dan buka laptop. Dia mahu fokus dengan kerja dan...

mencari bukti.

Untuk membersihkan namanya juga dan nama mami dan ayah. Biar semua ibu bapa saudaranya tidak memandang buruk terhadap keluarganya lagi.

"Hujan lebat di tengah bandar." Terangkat kening Luna mendengar suara garau yang sedang berbual dengan telefon sambil masuk ke dalam ruang pejabat dengan gaya santai bercoat hitam.

"Aku bukan sesiapa untuk kawal cuaca. Kau salah orang bercakap ni. Pergi tanya diri kau kenapa degil sangat nak ke pantai walaupun tahu hujan lebat." Mu'az menutup panggilan dan berjalan ke arah pintu kaca di hujung pejabat.

Farezel masuk dan memuncung mulut ke arah Mu'az apabila semua mata memandangnya.

"Kau dari mana?" Soal Huda.

"Dari kafe bawah." Farezel menyimpan telefon dalam kocek.

"Tu kawan kau bercakap dalam telefon macam cari gaduh. Dengan muka bengang. Tak terurus aku tengok." Farezel mengetuk meja Luna.

"Kenapa? Dia bergaduh?" Farezel mengeleng.

"Dia cakap terlanggar pintu kaca semasa nak masuk pejabat semalam." Farezel bergerak ke arah mejanya.

Luna menoleh ke meja kerja Mu'az dalam bilik kaca. Jejaka itu mengusap muka dengan wajah yang berserabut.

Selekeh tetapi tetap kemas.

HADID'SWhere stories live. Discover now