Chapter 12

52 10 0
                                    

Minyak ditekan lagi kuat melepaskan geram. Lampu isyarat yang bertukar kuning dilanggar tanpa ada niat untuk berhenti. Mata yang memerah merenung tajam jalan raya.

"Aku benci kau!" Stereng dipusingkan sembilan puluh darjah dan kereta berpusing dengan laju.

Setelah jauh dari kawasan bandar kereta diperlahankan di atas highway yang kelihatan renggang. Kemudian, kereta berhenti di bahu jalan.

Air mata yang mengalir dikesat kasar. Suara tertahan-tahan dari keluar.

"Kau lemah Luna." Dada ditepuk kuat membuang rasa sakit yang mengila.

"Kau memang selalu menyusahkan." tegang suara garau itu berkata. Luna yang sedang minum air berhenti. Kepala berpusing ke belakang memandang satu tubuh tegap yang memeluk tubuh sambil bersandar pada meja pulau.

"Bala apa lagi. Aku tak ganggu kau, jangan ganggu aku." Luna meneruskan minum air.

"Aku pesan banyak kali jangan menyusahkan nek engku lagi. Tambah satu hal dia fikirkan tentang Hazell yang merajuk sekarang." Luna melawan anak mata amber itu.

"Bukan masalah aku." Luna membasuh gelas dan menyimpan di tepi.

"Kau tak pernah berubah." Luna menoleh ke Izz. Wajah maskulin memerah seperti menahan marah.

"My question is, why you so bother? Aku tak pernah ganggu kau Izz." Luna melawan tajam anak mata amber itu dengan berani.

"Hazell merajuk ke tak bukan masalah aku. Aku tak nampak nek engku runsing fikirkan Hazell. Cuma kau yang sibukkan diri fikirkan tentang Hazell. Kalau begitu Tuan Izz Arfan Al-Hadid, kau je yang pujuk anak manja tu."

Luna tersenyum sinis bila melihat wajah Izz menegang. Dia suka menyakitkan hati seorang jejaka bernama Izz. Jejaka itu akan memandang tajam dan pergi keluar dari Villa tanpa kata. Melepaskan marah jauh dari manusia yang membuat dia marah.

Tetapi tangapan Luna salah...

Izz berjalan laju ke arahnya dan berhenti di hadapannya. Nafas mint Izz menyapa lembut pipi Luna.

"Kali terakhir aku tegaskan, jangan buat nek engku sakit lagi disebabkan kau."

Luna tidak berkelip memandang wajah Izz. Lagi seinci rahang tajam jejaka itu ingin melanggar kulit pipi gadis itu. Luna menjauh apabila jantungnya berdegup laju. Harap Izz tidak mendengar bunyi degupan jantungnya.

"Hazell bukan masalah aku tapi kau. Kau tu beban bagi kami, tolong jangan tambahkan lagi masalah. Kau fikir gantung kerja tu perkara kecil. Jangan memalukan nama keluarga. Nek engku mahu marahkan kau tapi kau tu anak yatim, nek engku tak sampai hati." Ayat yang dikeluarkan menyiat hati Luna. Bibir bergetar menahan rasa dalam hati. Izz memang membencinya selepas berlaku sesuatu antara mereka.

"Aku tak pernah menyusahkan---"

"Itu apa yang kau rasa, tetapi sebenarnya kau menyusahkan."

Izz memotong kata-kata Luna. Luna menolak tubuh tegap Izz sekuat hati. Sekali lagi matanya berair. Kepala ditundukkan. Tidak mahu Izz melihat air matanya.

HADID'SWhere stories live. Discover now