Chapter 16

51 6 0
                                    

Luna cuba menyorok dari makhluk itu. Sedaya upaya dia menutup mukanya dengan tangan. Nafas tersekat-sekat kerana takut dengan perkara yang akan berlaku atau drama yang akan berlangsung.

Loco!

Ini kali kedua pertemuan mereka di bumi Miami. Kalau hari itu di tandas dia terselamat, tetapi kali ini seperti tidak!

Luna berlari seperti biasa. Buat tidak kenal dengan jejaka itu. Sesekali, tuala kecil di atas treadmill dikesat pada rahangnya.

One

Two

One

Two

Sedang semangat Luna berjalan tiba-tiba treadmill berhenti. Mata dipejam rapat apabila melihat tangan kekar yang menekan 'stop'.

"Jangan lari." Tekan suara garau itu kuat. Luna menjeling sekilas. Raut wajah maskulin itu jelas marah dan tegang.

Jari halusnya bermain sama sendiri sambil kepala menunduk. Bibir dimuncungkan kerana dimarahi. Perlahan-lahan kepala diangkat dan mata hitamnya melihat ketinggian jejaka itu.

Dia berdiri atas treadmill manakala jejaka itu berdiri atas lantai dan ketinggian mereka hampir sama. Tetap saja jejaka itu lebih tinggi.

"Now what?"

"Nek engku risaukan engkau tapi kau buat perangai lari ke sini tanpa beritahu kami. Kau nak lari dari siapa?" Soal suara garau itu keras. Rahangnya dikertap geram.

"Beritahu 'kami'? Tak ada sesiapa yang mesti aku beritahu jadi aku pergi tanpa sesiapa tahu dan tinggalkan surat pada nek engku. Pelukan juga aku sudah bagi sebelum ke sini." Jawab Luna yakin. Selangkah dia pergi dari terus lengan bajunya ditarik keluar dari gym.

"Ikut aku balik hari ni."

"No!" Luna menarik lengannya kuat. Terlepas pegangan jejaka itu dari bajunya.

"Jangan buat keputusan sendiri. Aku tak nak ikut kau. Nanti kau cakap aku menyusahkan kau."

"Kau sudah menyusahkan aku. Aku dipaksa cari kau. Kau fikir aku rajin nak ke gym ni!" Nada jejaka itu berubah keras juga.

Dia memang benci keluar dari ruang selesanya. Ramai yang ingin bergambar serta meminta tandatangannya. Bukan tidak professional tetapi dia juga perlukan privacy.

Luna berkelip laju apabila nafas mint jejaka itu semakin dekat ke mukanya.

"Siapa yang paksa kau. Sanggup pula kau nak ikut paksaan tu."

"Jangan degil. Mari balik." Sekali lagi lengan baju Luna ditarik.

"Wait Izz. Huh--"

"Bb--barang aku dalam locker room." Luna berkata pasrah. Dia terpaksa kalau tidak pasti dipaksa oleh Izz lagi.

"Thirty seconds." Izz menolak sedikit tubuh Luna. Luna merengus geram.

Jejaka tiada adab!

Sampai di kereta Izz bukakan pintu untuk Luna dan menolak tubuh kurus itu masuk.

"I can do it by myself." Luna menjeling Izz geram. Tetapi jejaka itu buat tidak endah sahaja.

Pintu ditutup kuat dan jejaka itu pergi ke arah tempat memandu. Luna yang mahu mengunci pintu sudah terlambat. Dia terjatuh di tengah kerusi.

"Loco!" Luna menggosok lengannya yang sakit. Pandangan Izz yang hairan dia abaikan.

Kalau Izz tahu apa yang dia mahu lakukan pasti jejaka itu akan campak dia keluar.

"Oh wait! My car!" Jerit Luna. Izz menoleh ke sebelah.

HADID'SUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum