Chapter 11

53 11 0
                                    


Pintu rumah dibuka dari dalam. Bibir menarik senyuman kecil. Kaki panjangnya melangkah perlahan dan menuju ke ruang tamu.

Punggung dijatuhkan atas sofa. Badan bersandar selesa dan mata dipejamkan.

"Luna."

Terbuka luas matanya apabila suara yang sangat dikenali memanggil namanya. Kepala menoleh ke belakang. Nafas dilepaskan melihat figura seorang gadis keluar dari dapur.

"Awal pulang? Kerja sudah habis?" Soal Hazell sarkastik. Bibir merahnya senyum sinis.

"Nek engku ada di dapur. Mahu aku panggilkan?" Luna membalas pandangan sinis dari Hazell. Mata yang penuh muslihat.

"Jangan susahkan diri kau. Aku naik atas dulu. Di sini panas." Luna berdiri dan berjalan ke arah tangga.

"Una—"

Luna menoleh ke suara yang perlahan memanggilnya. Dahi berkerut melihat Annie yang seakan lain.

"Ye nek?" Luna berjalan ke arah Annie ingin bersalam. Tetapi tangannya tidak disambut.

"Una dari mana?" Soal Annie tanpa lihat wajah si cucu. Luna kemam bibir rapat. Dia pasti, Hazell telah menceritakan sesuatu.

"Dari pejabat." Annie memandang Luna dengan tatapan tajam.

"Buat apa?" Soal Annie lagi. Luna mengenggam sisi baju. Luna hanya memandang wajah Annie.

"Hazell–" Annie memberi isyarat agar Hazell pergi dari situ.

"Nek, Hazell tak akan ganggu." Hazell mengeleng laju. Dia mahu melihat Annie memarahi Luna. Rasakan gadis itu bagaimana perasaan dimarahi Annie. Selama ini salah dia sahaja yang Annie nampak.

"Hazell." Keras nada Annie. Hazell memang seorang yang degil. Tanpa kerelaan Hazell merengus geram dan naik ke tingkat atas.

Annie kembali memandang wajah gusar Luna. Nafas ditarik panjang dan hembus.

"Ceritakan perkara sebenar." Annie berjalan ke arah ruang rehat. Luna ikut dari belakang. Walaupun intonasi suara Annie biasa tetapi hati wanita tua itu tidak.

Annie duduk di sofa single. Luna masih berdiri di hadapan Annie. Tidak berani untuk bergerak dan duduk.

"Una digantung kerja." Luna memejamkan mata apabila Annie menoleh ke arahnya. Tajam panahan mata itu seakan mahu merobek kulit mulus Luna.

"Kenapa?"

Diam.

Sepi.

"Kenapa?" Soal Annie lebih tegas.

"Atas kecuaian Una." Luna menggigit bibir. Berdebar melihat reaksi Annie yang diamkan diri.

"Kalau nek engku mahu marahkan Una, teruskan. Una tipu. Yes, I'm lying to you. Una tak tahu nak terangkan kepada nek engku. Una takut dan kecewa pada diri sendiri. Mungkin, kalau nek engku marah Una, Una akan rasa lega?" Panjang luahan hati Luna. Tangan digenggam di belakang tubuh.

"Keluarkan apa yang nek engku fik—"

"Semuanya telah berlaku."

Luna terdiam. Annie berdiri di hadapan Luna yang sedang menunduk.

"Semuanya telah berlaku malah dua hari yang lepas. Kalau Luna ada masalah. Ceritakan pada nenek. Jangan simpan..."

Luna mengangkat kepala dan membalas pandangan Annie yang tajam. Kata-kata Annie sangat tegas.

"Luna tak mahu susahkan nek—"

"Susahkan apa?"

"Seorang Luna Hannah tak pernah susahkan nenek. Tapi bila berlaku perkara macam ni. Luna bohong nenek, ini bukan apa yang nenek ajarkan. Digantung kerja sebab kecuaian—" Annie memegang kepala yang pening.

"Luna sudah banyak susahkan nek engku. Jadi, Luna tak mahu kali ini Luna menyusahkan lagi. Ini memang kecuaian Luna. Hanya digantung bukan dibuang..." Luna menjawab dan semakin lama suaranya perlahan.

Annie menoleh laju. "Digantung...berapa lama?"

Luna mengemam bibir. Perasaan takut berubah kepada geram dan marah.

Siap kau Hazell.

"Lima bu--bulan." Luna menggosok belakang tangan kanan. Gelisah. Annie tidak berbunyi. Menyepi seperti sedang berfikir.

"Luna minta maaf nek. Sepatutnya nek engku dengar dari Luna bukan Hazell. Luna belum bersedia untuk cerita pada nek engku." Luna melutut depan Annie. Dia sungguh rasa bersalah. Membelakangkan Annie dalam hal yang serius tersebut.

"Tapi nanti akan ada masyuarat untuk bincangkan semula tentang ni lagi empat hari. Doakan Luna tidak digantung nek." Tangan Annie atas peha dicapai dan dikucup. Kemudian dahi berlaga dengan belakang tangan berkedut Annie.

Dia tidak mahu Annie berubah hati kemudian tidak mengambil tahu langsung tentangnya dan abaikan dirinya seperti orang lain. Luna mahukan perhatian juga.

Diam Annie buatkan Luna semakin gelisah. Kepala diangkat untuk melihat reaksi Annie. Mungkin wajah neneknya marah dan tidak memandangnya. Tetapi sangkaannya salah.

"Nenek tak marah. Nenek terkilan, Luna digantung kerja tanpa sebab munasabah." Kepala Luna diusap kasih.

"Kesalahan yang bukan dari diri sendiri buatkan Luna berfikir lama untuk beri tahu nenek. Tak apa."

Luna menjatuhkan kepala atas riba Annie. Mata terpejam rapat. Bersyukur dalam hati Annie tidak memarahinya. Kepala diusap lembut oleh tangan Annie.

"Luna ada masalah ceritakan kepada nenek. Jangan simpan seorang diri. Nanti yang sakit..." Jari telunjuk Annie dituju ke hati Luna.

"...ini jangan menyakitkan hati sendiri. Bukan dapat faedah pun kalau Luna simpan. Apa guna nenek? Hanya jaga pakai makan Luna tapi hal yang buatkan Luna sedih nenek tidak kisah. Nenek ialah ibu bapa Luna sekarang dan juga nenek serta atok. Semua nenek pegang. Jangan simpan masalah sendiri." Luna mencebik. Air mata bergenang mendengar suara mendayu Annie.

Air mata mengalir perlahan pada pipi mulusnya. Nek engku masih sayangkan dia.

"Luna janji selepas ni Luna tak simpan seorang." Luna memeluk pinggang Annie. Bibir tersenyum kecil sambil air mata masih mengalir.

"Kau kalau minta simpati memang number one! Kau sudah buat masalah tapi tak mengaku." Hazell turun dari tingkat atas. Di tangannya memegang gelas panjang berisi air anggur.

"Dengan itu—" Hazell berdiri belakang sofa Annie.

"Nek engku simpati dengan engkau." Luna merenung senyuman sinis Hazell. Gadis itu mengejek dalam diam.

Luna menahan sabar. Kalau tiada nek engku memang lebam mulut Hazell tampar dengan terompah.

"Hazell, your language." Satu suara garau menegur dari arah pintu. Semua mata menoleh ke arah suara itu.

Luna duduk bersimpuh dan kesat air mata. Dia tidak mahu nampak lemah di depan jejaka beku itu. Kemudian akan diejek lagi.

"What? Am I right? Seorang Luna Borkan memang suka meminta simpati." Hazell bersuara lembut. Walaupun tiada nada sinis dan sangat perlahan, Luna dapat lihat wajah itu mengejek dia di depan Annie dan abang sepupu mereka.

"Hazell. Enough." Keras nada suara itu.

"Please respect your grandma." Tegas. Setiap patah perkataan dikata dengan jelas.

Hazell menelan liur payah. Dia fikirkan Luna tidak akan dibela.

"Hazell pergi naik atas. Jangan sibuk di sini." Annie berkata tanpa menoleh ke belakang. Bahu Luna diusap lembut. Pasti gadis itu sangat terasa.

"Fine!" Hazell berjalan hentak kaki menuju ke tangga.

"Hazell..." Langkah gadis itu terhenti.

"Jangan kecilkan hati seorang anak yatim. Tak baik burukkan mereka. Itu dikira fitnah. Hazell sudah besar dan boleh bezakan dosa dan pahala kan?" Suara Annie semakin lama semakin tegas. Izz hanya berdiam diri dan melihat Hazell yang merengus kasar berjalan ke atas.

Annie mengeluh pendek. Dia masih mengusap bahu Luna. Kemudian, gadis itu memandang Annie.

"Luna ke dapur dulu. Haus." Annie jatuhkan kepala. Luna berjalan laju ke dapur. Dia tidak mahu Izz melihat wajah 'simpatinya'.

HADID'SWhere stories live. Discover now