Chapter 55

42 6 0
                                    

"Kau sepatutnya bunuh terus dia." Sapu tangan merah dibaling atas meja kaca. Topi atas kepala diangkat dan rambut disisir ke belakang. Panas pula cuaca tengah hari ini sama seperti hatinya yang panas.

"Kau jangan bunuh dia lagi. Aku tak sempat nak confess lagi. Kalau dia mati tak best." Bola golf dibaling ke arah adiknya.

"Mu'az kau memang suka perempuan tu?" Mu'az mengangkat bahu. Luna memang seorang yang cantik. Dia tak nafikan.

"Perempuan yang selalu ganggu Izz dah gone. Rumah keluarga dia pun dah hangus. Dan sekarang aku rasa masa yang terbaik untuk buang dia pula." Bola golf dipukul kuat dan bibir senyum lebar bila bola itu hilang dari pandangan.

Dia campak kayu golf ke tepi dan duduk di sebelah Mu'az. Air dalam botol diteguk sekali.

"Sudah seminggu berlalu. Sekarang dia menghilang ke mana?" Soal Meline tidak puas hati. Merata tempat dia mencari tapi tak jumpa.

Di apartment gadis itu juga sudah kosong. Tiada bau manusia langsung.

"Aku tak tahu. Dia pun dah lama tak datang kerja. Orang tua tu pula bagi cuti bergaji naik lemaklah dia." Meline menjeling Mu'az. Tadi kata suka sekarang macam benci pula.

"Aku nak cari dia lagi hari ini." Meline berdiri dan ambil kain merah itu kembali. Diikat pada leher yang ada tanda merah.

"Kau jangan lupa hari ini ada event dengan Tun Ayyaz lagi. Tertutup. Jam lapan." Mu'az berdiri dan masukkan tangan ke dalam poket. Angin meniup lembut sisi wajahnya dan rambut hitam jejaka itu beralun perlahan.

Wajah jelita adiknya dipandang. Bibir sedikit pucat itu senyum senget melihat adiknya.

"Itulah kau liar sangat. Jangan lupa tutup leher kau malam ni. Kalau Izz perasan memang tak jadi kahwinlah kau." Meline merengus kasar. Sisi leher dipegang. Bukan dia sengaja.

"Kau jangan sinis dengan aku, abang. Kau sama je." Meline berjalan laju melintasi tubuh tegap Mu'az. Dia ketawa sinis melihat pemergian Meline.

"Kita mana sama. Aku lelaki kau perempuan." Mu'az berjalan santai mengikuti langkah Meline.

BUK

Mu'az merengus perlahan. Gerangan yang melanggarnya dipandang tajam. Wajah itu menunduk dan memegang bahu seperti menahan sakit.

"Sorry?" Mu'az cuba mengintai wajah itu.

Dia angkat kepala dan senyuman ditarik lebar. Kening diangkat dan tangan dihulur ke depan.

"Sorry, aku tak sengaja langgar kau." Huluran gerangan itu disambut. Wajah itu memang dia tidak pernah nampak dalam royale golf club.

"First time?" Soal Mu'az cuba menyibuk. Kepala dijatuhkan dengan soalan Mu'az.

"Lay." Bibir merah itu masih senyum lebar.

"Aku tak akan pernah lupakan kau." Mu'az genggam erat tangan Lay. Kemudian, tubuh jejaka itu ditarik rapat.

"Bila kau sampai sini?" Soal Mu'az dengan senyuman kacak.

Lay ketawa kecil. Dia menolak tubuh Mu'az dan melipat tangan di dada. Mu'az dipandang atas bawah.

"Selepas kau tinggalkan aku seorang diri aku dah boleh berdikari." Mu'az memutar biji mata ke atas.

HADID'SWhere stories live. Discover now