Chapter 38

41 6 0
                                    

"Mesyuarat kita berhenti di sini. Remember, submit to me in this week. On time." Jeffery keluar dan kesemua mereka mengeluh lega.

Seperti tiada oksigen untuk mereka bernafas sebentar tadi. Ketegangan orang atasan mereka hari ini sungguh lain.

"Something bad happened?" Soal Qally.

Akesya mengangkat bahu. Dia angkat file dan pergi ke arah rak.

"Dia period ke?" Farezel memandang Zoul.

"Andaian aku dia bergaduh dengan bini dia. Macam tak kenal tuan kau tu. Bawa mood ke tempat kerja." Zoul bersandar malas.

"Dia datang." Gelisah mereka apabila Jeffery berjalan di depan ruang kerja mereka.

"Luna Hannah jumpa saya sekarang." Luna menunjuk ke muka sendiri. Jeffery terus berlalu pergi.

"Kenapa tu?" Huda memegang bahu Luna. Dia terdiam memikirkan kesalahan sendiri.

Luna berdiri dan mengemas kertas kerja.

"Kau nak aku ikut." Soal Huda. Luna mengeleng dan berjalan perlahan ikut langkah Jeffery.

Sunyi sepi.

Sudah beberapa minit Luna berdiri di hadapan Jeffery.

PAK

Bahu Luna terangkat kerana terkejut dengan tindakan Jeffery.

"I don't even know what have you done to our shareholder's daughter."

Lidah Luna kelu. Dia sudah agak pasti perkara ini akan jadi besar. Dan yang akan dipersalahkan adalah DIA.

Luna diam tidak menjawab soalan Jeffery.

"Straight to the main point, you bump her then do something bad to her." Jeffery berdiri dan menahan tubuh pada meja kaca.

Luna mengeleng laju.

"No sir, I am not. She started first."

"Liar!"

Luna memandang Jeffery. Apa dia salah dengar?

"Talk to them. I don't wanna know anything between both of you and please solve it quickly." Jeffery jatuhkan punggung kasar.

"Dia yang tarik say—"

"Quit."

Luna diam. Dia menunduk ke bawah.

"Awak dah pukul anak pemegang saham syarikat ini sehinggakan masuk hospital dan sekarang mahu bela diri sendiri? Kalau orang lain pandang diri awak ni mereka pun tak akan percaya awak manusia normal." Jeffery meraup muka menahan geram.

Luna laju mengangkat kepala. Sakit hati seperti dihina oleh majikan sendiri. Tangan digepal geram.

Ikutkan hati dia mahu lepaskan penumbuk tepat di pipi jejaka tua tidak sedar diri itu.

"Kalau dia yang mulakan dulu. Biarkan sahaja—"

"I'm not fool like you. Tuan fikir saya patung cendana yang biarkan orang apa-apakan dirinya? Kalau begitu, saya akan biarkan dia tolak saya dari tingkat atas sekali dan membuatkan nama syarikat ini buruk kerana seorang anak pemegang saham adalah pembunuh." Luna mengenggam tangan geram. Dengan berani dia melawan mata Jeffery.

Jeffery terdiam.

Luna tahu pasti jejaka tua itu memikirkan cara untuk manipulate dia. Kerja kotor.

"Tuan mahu gantung kerja saya lagi? Walaupun dari awal itu bukan salah saya." Bergetar nada Luna. Dia cuba menahan sedih di depan jejaka tua itu.

Jeffery meraup wajah kasar.

HADID'SWhere stories live. Discover now