Pt. 4

348 53 34
                                    

Sooman panggil semua anak berkumpul di ruang tamu. Menantu tidak boleh ikut dan masuk campur kerana katanya hal pribadi dan hal keluarga.

"Daddy nak cakap sesuatu dengan korang ni. Harap jangan terkejut dengan apa yang akan kan diberitahu nanti" Sooman menarik nafas dulu kerana gemuruh. Dia pandang semua anak-anaknya, Saera dan Minyoo juga tiada kerana tidak boleh duduk bersama.

"Daddy dah tulis wasiat dan bahagikan harta kepada 22 anak daddy. Mommy, mama, eomma dengan ummi pun ada" Sooman menelan air liur selepas memberitahu. Taeil yang paling dekat mengoyangkan pehanya.

"Apa ni daddy? Kenapa cakap macam ni? " Taeil pandang mukanya dengan takut.

"Umur daddy makin meningkat. Daddy tak tahu bila masanya akan tiba, daddy buat persediaan kalau tiba-tiba daddy-- Korang faham-faham lah" Sooman mengganggukkan kepala kepada mereka semua.

"Dan daddy dah fikirkan siapa yang akan jadi pengganti daddy dalam syarikat. Bukannya nak mengharap jawatan tu, cuma tanya je" Doyoung mengepalkan (?) tangan dan mereka setuju dengan kata-katanya.

"Setelah lama daddy berfikir. Daddy dah dapat cari siapa yang boleh jadi pengganti tapi lepas dapat jawatan tu. Jangan pula salahguna kuasa" Sooman tarik dan hembus nafas beberapa kali.
"Taeil, dia lah yang akan jadi pengganti daddy. Bukan sebab dia anak paling tua tapi daddy ada sebab pilih dia. Harap kamu semua tak marah daddy" Sooman pegang tangan Taeil yang duduk disebelahnya.

"Wah, tahniah hyung!" Jeno menepuk tangan diikuti mereka semua kerana menghormati keputusan Sooman.

"Daddy, Taeil tak sesuai sandang jawatan ni. Taeil tak banyak berjasa dalam syarikat mana pun, ambil lah adik-adik yang lain. Taeil boleh mengada dengan mereka" Taeil meminta untuk Sooman tarik balik kata-kata kerana takut dengan tanggungjawab yang besar.

"Kau sesuai dengan tugas tu lah. Kau yang paling berjasa dalam syarikat, kau masuk dulu sebelum kitaorang. Kau ajar kitaorang nak buat kerja, cara nak buat laporan apa benda semua" Taeyong keluarkan kata-kata dan membantah Taeil tidak mahu.

"Betul dengan apa Johnny cakapkan tu. Kalau kau takde, aku pun belum tahu lagi cara nak tulis laporan, fotostat kertas tu" Ten juga membantah.

"Bukannya apa, hyung tak sesuai dengan kerja ni. Korang lagi berguna dari hyung" Balas Taeil.

"Apa yang hyung cakap ni? Hyung bergunalah walaupun kadang otak tu masuk air sikit bangang tak habis-habis" Haechan pula tak habis-habis dengan cakap jujur dari hati.

"Hyung--" Mulut Taeil diletakkan jari oleh Yuta.

"Shuh, jangan berkata apa-apa lagi. Kami mahukan anda sebagai ketua kami" Yuta menyelak rambut ke belakang dan kena pukul dengan Doyoung.
"Kau ingat kau tu dalam drama ke nak letak jari dekat bibir orang? Pengaruh betul dengan tv" Doyoung kerek kepada muka Yuta yang dah berubah kepada menyampah.

"Hyung, kami tak kisah pun yang hyung akan jadi pengganti." Winwin keluarkan suara setelah lama mendiamkan diri.

Taeil tidak boleh berkata lagi setelah semua buat muka kesian. Mata sengaja dibulatkan dan kelip banyak kali.

"Okay, hyung akan terima" Ujar Taeil dan mereka semua menarik nafas lega.

"Kamu semua berbincang macam daddy dah mati pula. Daddy ada kat sini woi! " Sooman menyilangkan tangan dan mendengus geram.

"Sayang daddy, okay kitaorang tak palau" Johnny peluk Sooman dengan erat untuk memujuk. Kerana susah nak pujuk orang tua tu dah merajuk.

"Selepas Taeil hyung ambil jawatan tu. Bolehlah campur racun tikus dalam minuman kalau nak jawatan" Jaehyun dengan niat nak bergurau tapi tidak kena masa. Kepalanya kena tunjal dengan Sooman.

"Sebelum hyung nak campur racun, dah orang racun hyung dengan klorox pula" Mark geram dengan Jaehyun yang boleh pula senyum-senyum.

"Rasanya perbincangan kita dah selesai dan dah boleh masuk tidur dekat bilik masing-masing" Sooman melihat jam yang dipasang di dinding.

"Baru perasan, Jisung, Hansol, Jaemin dengan Chenle takde dalam perbincangan tergempak kita ni" Ujar Johnny dan barulah mereka sedar.

"Ah, biarlah diorang berempat tu tak tahu tentang ni. Biar mereka tidur awal, dekat mata daddy diorang masih kecil lagi" Balas Sooman dan mereka semua masuk bilik semula kerana telah mengantuk yang teramat.

Winwin ambil bantal dan tepuk terlebih dahulu sebelum baring. Dia menguap sekali lagi kerana mengantuk dan bermain dengan rambut panjang Yujun.

"Awak.. " Yujun terbangun dari tidur dan pandang muka Winwin.

"Ya sayang? " Winwin belai mukanya dengan perlahan. Yujun pegang tangan Winwin dan menatap mukanya.

"Semakin dekat tarikh bersalin ni. Saya makin tak senang duduk jadinya, baju bayi pun kita belum beli lagi" Yujun duduk manakala Winwin masih lagi baring.

"Kenapa tak cakap awal-awal tadi. Saya boleh belikan baju masa balik kerja sebab kita pun dah tahu jantina anak kita" Balas Winwin kemudian dia mencapai remote penghawa dingin kerana suhu terlampau sejuk.

"Awak tak kisah kan yang anak kita lelaki? Sebab awak kan nak anak perempuan sebab awak takde ramai adik beradik perempuan" Yujun pegang perutnya kerana bayi menendang.

"Kita bukan tuhan yang boleh tentukan jantina. Saya pun tak kisah tentang jantina anak kita asalkan dia sihat" Winwin bangun dan dudukkan diri untuk pegang perut Yujun yang dari tadi tahan sakit.

"Sayang anak mama. Baby sayang baba juga tak? " Yujun pandang Winwin lagi sekali.

Dia pun tak sangka akan berkahwin dengan anak usahawan popular sedang dia cuma bekerja dalam pembersihan atau lebih popular dengan panggilan Makcik Cleaner.

-TBC





[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now